Friday, October 7, 2016

Majlis Konvokesyen Institut Teknologi Petronas (INSTEP) Ke-18 di Dewan Seri Gelam, INSTEP, Batu Rakit #instepconvo16

8 OKTOBER 2016 (SABTU)

YAB Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu mewakilkan kepada YB Haji A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri ke Majlis Konvokesyen Institut Teknologi Petronas (INSTEP) Ke-18 di Dewan Seri Gelam, INSTEP, Batu Rakit


MAJLIS KONVIKESYEN KE-16





Tahniah kepada semua warga INSTEP yang menghadiri majlis konvo instep 2016..
Semoga semua berjaya di dunia dan akhirat

#instepconvo16




Jangan anggap konvokesyen titik terakhir - Tuanku Mizan

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan mahasiswa agar tidak menganggap majlis konvokesyen sebagai titik akhir pencarian ilmu pengetahuan dalam hidup mereka.

Seri Paduka menegaskan, tanggapan sedemikian adalah tidak tepat dan tidak seharusnya ada dalam pemikiran mahasiswa kerana proses pencarian ilmu perlu dilakukan sepanjang hayat.

''Saudara dan saudari (mahasiswa) hendaklah meneruskan usaha pencarian ilmu dan tidak menyifatkan majlis ini (konvokesyen) sebagai titik akhir dalam usaha sedemikian.

''Sebaliknya berpegang teguhlah terhadap falsafah mencari ilmu sepanjang hayat dan manfaatkan ilmu yang diperoleh itu dengan sebaik-baiknya," titah Seri Paduka








No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...