Haa... selalunya hanya mampu melihat orang lain letak gambar di media sosial seperti "Facebook" , "Instagram" dan sebagainya. Aku hanya mampu melihat je. Sedihkan bunyi ayat ni.
Orang cakap tiada rezeki lagi. Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk bercuti sambil bekerja, ianya bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal. Tapi seperti mana korang tahu, setiap kerja yang aku lakukan ....... rasanya tak perlu untuk aku ceritakan di sini. Dengan erti kata lain kita nak lakukan yang terbaik dan ianya merupakan satu tanggungjawab. Kerana aku ada prinsip aku " Bertanggungjawablah dengan tanggungjawab yang telah di petanggungjawabkan".
Dah macam ikon SKY TOWER dah baju aku ni dengan line coreng-coreng tu. hehehehe
KEBETULAN. Baiklah sebenarnya aku nak kongsi korang pasal SKY TOWER ni.
Kat mana SKY TOWER ni ? SKY TOWER ni terletak di LEVEL 43 di hotel THE SHORE. Untuk ke sini korang perlu naik lif ke LEVEL 41, setelah itu ada perlu menukar lif dan naik lif kedua ke Level 42 / atau boleh menaiki tangga di sebelah kiri lif untuk ke LEVEL 42.
Korang boleh beli tiket yang di jual di level 42 yang berdekatan dengan SKY DELI dengan harga RM 25 untuk dewasa dan RM 18 untuk kanak-kanak.
SKY TOWER LEVEL 43
Untuk ke level 33 korang kena melalui TITI kat atas ni.
Max 5 orang je. Pastu kalau nak bergambar dekat bahagian ni. korang tidak dibenarkan untuk guna kamera sendiri. Ada orang yang jaga kat sini yang akan ambilkan gambar. Pastu bila turun kat bawah korang kalau nak gambar tu kena beli. Harga RM45 sekeping gambar. 3 gambar rm120 sekali dengan soft copy.
No comments :
Post a Comment