Wednesday, June 25, 2014

SPORNOSEKSUAL


LELAKI TUBUH SASA KEMARUK SELFIE


FENOMENA LELAKI TAKSUB MENAYANG BADAN DI LAMAN SOSIAL SECARA SELFIE
TELAH MENJURUS KEPADA PENCIPTAAN TERMA BAHARU DIPANGGIL 
SPORNOSEKSUAL

Trending Spornoseksual: Badan Kekar Motif Berselfie

Gabungan perkataan sukan (sport) dan porno (porn) itu didedahkan Simpson pada  Jun lalu menerusi artikel berjudul The Metrosexual is Dead. Long Live The ‘Spornosexual’ yang disiarkan portal berita The Telegraph.

Spornoseksual merujuk kepada lelaki bertubuh sasa yang obses menayangkan  badan mereka dalam foto berbentuk selfie untuk dikongsi di laman sosial. Mereka  boleh ditemui di gim dan gemar mengenakan singlet, baju-T garis leher V atau  langsung tidak berbaju.

Pelaburan wang, waktu dan tenaga ditumpukan kepada pembinaan fizikal yang  mantap. Tubuh mereka berketul-ketul, kumis dan jambang pula dirapi kemas,  menonjolkan pesona maskulin yang mampu menggetarkan jiwa kaum Hawa.

Pakaian bukanlah keutamaan kelompok spornoseksual. Kecenderungan mereka  terarah kepada pencapaian mempromosi diri. Secara amnya, spornoseksual boleh  dikategorikan sebagai individu provokatif dari segi tarikan fizikal.

SPORNOSEKSUAL menyebarkan fahaman lelaki tidak memerlukan  kebijaksanaan sebaliknya tubuh badan yang kekar.


LELAKI spornoseksual sanggup menghabiskan banyak masa bersenam dan pergi ke gim bagi mendapatkan tubuh badan idaman.



Sememangnya masyarakat semakin obses dengan tubuh sendiri.  Majoriti individu mendambakan susuk badan sempurna dan ianya mermelukan usaha dan masa. Bagi sesetengah individu ianya agak mustahil untuk  dicapai.

“Tiada apa yang sempurna, termasuklah tubuh lelaki. Sekarang kita sedang  menyaksikan lebih ramai lelaki berusaha untuk tampak menarik semata-mata mahu  menjadi sebahagian daripada keluarga spornoseksual.

“Jika dinilai dari sudut personaliti, sifat bermegah dan obsesi diri ini  tidak bagus malah menyerlahkan sisi bongkak.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...