Tuesday, June 10, 2014

Album Baru Dato' Siti Nurhaliza: Fragmen





Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Menjadi AKU pastinya selalu mahu menjadi yang TERBAIK BAGIMU kerana KAU SANGAT BERERTI. Jauh dalam SANUBARI adakala tak dapat diselam dan dipandang namun WARNA DUNIA selalu memberikanku semangat untuk terus berjalan. Cinta yang ada buat kalian tidak pernah hilang dan pasti dimaknakan dalam MULA DAN AKHIR setiap doa-doaku.

JAGA DIA UNTUKKU, terlalu banyak semangat yang sudah kalian hembuskan dalam nafas kehidupanku selama ini. Kita menyemai rindu, kasih dan sayang serta MEMBUNUH BENCI untuk menjadikan segalanya LEBIH INDAH.



Terimalah FRAGMEN yang mewakili bahagian dalam sesuatu cerita atau peristiwa hidup kita. Kita mungkin tidak mengetahui hal yang serupa dan mendepani segalanya dengan cara yang berbeza tetapi kita masih saja sama berjiwa manusia.

Alhamdulillah, Fragmen mengisi tentang kasih, nilai dan semangat. Biarlah jiwa kita terus hidup dan subur dengan semangat yang diberikan dan kekuatan yang dianugerahkan.


Saya sangat bersyukur dengan kelahiran Fragmen dan berharap semoga album terbaru saya ini menjadi teman anda. Saya mungkin tidak pernah menemui anda tetapi lagu-lagu saya sampai kepada anda. Itulah yang selalu mendekatkan saya dengan anda semua sebagai peminat saya (Sitizoners) dan juga para pencinta muzik.


Saya ingin mengambil kesenpatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Universal Music Malaysia kerana sudi menerbitkan album ini bersama-sama Siti Nurhaliza Productions. Kepercayaan yang diberikan ini amat saya hargai dan berharap agar kerjasama yang baik ini membuka jalan yang lebih luas buiat saya.


Terima kasih kepada seluruh pihak yang berkerja keras dihadapan atau dibelakang tabir untuk penerbitan album ini, terutamanya penerbit, pencipta lagu, penulis lirik, Aubrey Suwito selaku penerbit/penasihat untk album ini, tenaga produksi album di Malaysia dan di Indonesia. Terima kasih juga kepada pihak Universal Music Malaysia dan SNP sendiri, keluarga saya, serta semua yang mungkin tidak dapat saya nyatakan satu persatu disini. Setiap usaha dan kerjasama anda terhadap Fragmen, saya menghargainya.

Buat peminat-peminat saya di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan di mana saja album ini boleh didapati, saya mengucapkan terima kasih di atas sokonngan anda selama ini. Terimalah Fragmen sebagai perantara silratulrahim antara kita semua.





Salam Sayang

Dato'Siti Nurhaliza




Fragmen adalah judul album terbaru daripada Dato' Siti Nurhaliza. Dijangka dipasarkan pada Jun 2014 , album ini mendapat sentuhan Aubrey Suwito, Faizal Tahir, Rozi Sang Dewi dan lain-lain yang menyumbangkan karya-karya mereka melalui 9 buah lagu yang bakal dimuatkan. Album terbitan bersama milik syarikat Dato' Siti, Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia ini bakal memuatkan lagu-lagu seperti berikut:


Lebih Indah
Jaga Dia Untukku
Terbaik Bagimu
Warna Dunia
Aku
Sanubari
Kau Sangat Bererti
Mula Dan Akhir
Membunuh Benci

Update:
Majlis Pelancaran Album Fragmen dan  Majlis Berbuka Puasa bersama Dato' Siti Nurhaliza
21 Julai 2014
MERIDIEN

Album #Fragmen Siti Nurhaliza Laris






VIDEO

Dato' Siti Nurhaliza Nyanyi Jaga Dia Untukku LIVE di Pelancaran Album FRAGMEN 

video


Dato' Siti Nurhaliza Nyanyi Mula dan Akhir LIVE di Pelancaran Album FRAGMEN

video

OST DRAMA RINDU AWAK 200% JAGA DIA UNTUK KU
LAGU RINDU AWAK 200% JAGA DIA UNTUK KU
OST RINDU AWAK 200% 

OST NERAKA DUNIA TV3  [KLIK SINI


4 comments :

MissNick said...

Minat juga dengan Dato' Siti dari dulu lagi...kagum dengan beliau :)

Datang blogwalking sini dari segmen Jom Blogwalking # 1 - http://diarymissnick.blogspot.com/2014/06/senarai-url-jom-blogwalking-1.html

Thanks atas penyertaan :)

Isra said...

Terima Kasih Kak Nik Azidah sudi blogwalking kat sini dan siap komen lagi..

owh, peminat Dato' Siti juga.. samalah kita..

Ur welcome.. & "Terima Kasih juga kerana bagi saya menyertai segmen Jom Blogwalking # 1 "

MyCherita said...


Salam ukhwah, singgah sini jalan-jalan blogwalking dari senarai peserta Segmen Jom Blogwalking # 1 By diarymissnick.blogspot.com..done follow sini.. Salam ramadhan, salam ceria dari MyCherita

Syaqira LISA said...

Salam Ramadhan.
Saya Syaqira dari majalah Lisa Malaysia.

Kami nak buat review mengenai Album Fragmen untuk Lisa edisi September 2014.

Kami nak mintak izin tuan punya blog untuk gunakan gambar cover album terbaru Siti ini.
Kami akan kredit blog ini.


Maklum balas anda amat kami hargai.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi
(+603)2095 9033

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...