Wednesday, December 31, 2014

Tahajjud Cinta Teater Sirah RASULULLAH S.A.W | Mikraj Cinta

Suka Blog ini? Terima Kasih




تهجد چينتا

سقسيكن تياتر قيصه رسول الله صلى الله عليه وسلم د ايريڠي دڠن لاڬو-لاڬو ڽاڽين سيتي نورهاليز، عامي سأرچه، اوياي سرتا لاكونن اومياي ايدا، بتو خشعيري، رمي عشاء، ايللي سورياتي دان راماي لاڬي. هاڽ د ايستان بوديا. داڤتكن تيكيت اندا سبلوم هابيس.


معراج چينتا

اد سسواتو يڠ بارو دري حفيظ حميداون دان فيدتري يحي اونتوق سيتي نورهاليز د ڤرسمباهن سيراه رسول الله -تهجد چينتا، د ايستان بوديا ڤد ٣ دان ٤ جانواري ٢٠١٥. ليهت ڤوستر اونتوق معلومت لنجوت.


Tahajjud Cinta

Saksikan teater KISAH RASULULLAH s.a.w di iringi dengan lagu-lagu nyanyian SITI NURHALIZA, AMY SEARCH, AWIE serta lakonan Umie Aida, Beto Khusyairi, Remy Isyak, Elly Suriaty dan ramai lagi. Hanya di Istana Budaya. Dapatkan tiket anda sebelum habis.



Mikraj Cinta



Ada sesuatu yang baru dari Hafiz Hamidun dan Fedtri Yahya untuk Siti Nurhaliza di persembahan Sirah Rasulullah -Tahajjud Cinta, di Istana Budaya pada 3 dan 4 Januari 2015. Lihat poster untuk maklumat lanjut.







======================================




Sempena memperingati kelahiran Junjungan Besar Rasulullah Muhammad S.A.W, Amazon Entertainment dengan kerjasama Istana Budaya akan mengadakan pementasan drama muzikal berjudul Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta pada 3 hingga 6 Januari 2015. 

Pementasan ini membariskan pelakon dan penyanyi terkenal seperti Dato' Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Tegar,  Datin Sri Umie Aida, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Elly Suryati, Dato Rahim Razali, Shiha, Sahronizam, Jessie Lim dan ramai lagi.

Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta merupakan sebuah drama muzikal riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W dari kelahiran sehinggalah kewafatan baginda diiringi selingan lagu-lagu kisah Nabi dan Selawat.

Dalam pada itu, pementasan ini juga merupakan satu-satunya produksi teater Islam yang pertama di Asia Tenggara yang akan memaparkan sejarah hidup Rasulullah S.A.W bersempena menyambut Maulidur Rasul. Malah skrip dan konsep persembahan ini telah pun diluluskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).




ARTIS DAN TARIKH PERSEMBAHAN: 

3 & 4 Januari:  Dato' Siti Nurhaliza
5 Januari:   Awie
6 Januari: Amy Search
7 Januari:    Semua artis terlibat sempena malam amal sumbangan mangsa-mangsa banjir

Pada 7 Januari 2015, mulai pukul 2 petang, orang ramai boleh datang ke Istana Budaya bagi pengumpulan makanan kering, lampin pakai buang, selimut, wang tunai atau barangan-barangan keperluan buat mangsa banjir. Artis-artis seperti Dato' Siti Nurhaliza, Amy Search dan Erra Fazira akan terlibat dalam inisiatif pengumpulan barang-barang ini.

Untuk  hasil jualan tiket dari 3 hingga 6 Januari 2015, sebahagian hasil akan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir ini dan pada 7 Januari 2015 kesemua hasil jualan tiket akan diserahkan kepada mereka.

SINOPSIS SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA

Dalam pada kerosakan dan kejahiliahan kaum Quraisy lahir bayi yang amat rupawan, bayi inilah yang menjadi cahaya menerangi gelitanya kesesatan. Di saat bayi ini dilahirkan, tangisannya menyebabkan dinding Istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh. Api di kuil Parsi padam. Air di tasik sawah menjadi kering. Berhala-berhala di sekeliling Kaabah tumbang. Bayi yang kelak menjadi perkasa, mengukuhkan empat tembok tinggi kisah.

Dalam masa yang cukup singkat, Baginda Berjaya dengan cemerlang untuk membentuk Madinah menjadi Daulah Islamiyah yang bertamadun tinggi. Tidak pernah rugi bagi seorang yang beriman, diberi nikmat dia bersyukur maka syukur menjadi kebaikan. Diberi ujian dia bersabar maka sabar menjadi kebaikan.

Perjalanan untuk menunaikan kewajipan yang pasti penuh dengan pengorbanan tetapi tidak pernah ada kerugian bagi orang-orang yang mahu berkorban ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.

PENJUALAN TIKET UNTUK SIRAH RASULULLAH TAHAJUD CINTA




Tiket-tiket untuk menyaksikan pementasan drama muzikal ini telah mula dijual sejak 26 Disember 2014. Harga tiket adalah seperti berikut :

RM 53.00 |RM 103.00 |RM 153.00 |RM 203.00 |RM 253.00 |RM 403.00 |

Untuk tempahan secara online: www.airasia.redtix.com 

SUMBER: MEDIA HIBURAN
APLIKASI : Ejawi

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...