Thursday, November 1, 2012

5 TIP TOP FASHION




Kebiasaannya penampilan seseorang lelaki itu penting kerana mencerminkan peribadi seseorang lelaki. So, lets check out 5 tip mudah berfesyen bagi lelaki.


1. Pilih pakaian yang fit - Benda utama yang akan menampakkan lelaki 'alert' dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan. Pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Berhati-hati ketika memilih, fit bukan bermakna ketat.


2. Simple tapi smart - Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya. 


3. Santai bukan membosankan Berpakaian santai bukan bermaksud pakai seluar pendek dengan singlet koyak. Cuba banyakkan membaca buku-buku fesyen atau melihat program-program yang bersifat santai di televisyen. 


4. Pemakaian pastikan sepadan - Sentiasa pastikan anda berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin fikir nampak pelik tak apa yang anda pakai. Kalau anda sendiri dah rasa pelik, apatah lagi orang kat luar sana. Sebagai contoh, anda pakai baju yang labuh tapi pakai seluar yang ketat ala-ala legging. =P


5. Tidak shopping berseorangan - Jangan amalkan keluar shopping berseorangan. Ajak member seorang pun jadilah. Tapi member bukan sekadar member, cari member yang boleh bagi pendapat jujur. Kata-kata member lagi boleh dipercayai berbanding penjual berkenaan. 


ok.. nantikan lagi tip2 fashion dari faceblogisra..
jangan lupa like dan beri sebarang komen..
sebarang pertanyaaan boleh tanya kat sini Formspring - IsraIsmail.
nak lagi tip klik sini

2 comments :

❤farahin izzati❤ said...

betol-betol, lebih baik bawak teman bila shopping, :D

Isra said...

yep, sebab nanti kita boleh tanya pendapat mereka.. sesuai @ tidak pakaian yang kita nak beli nanti. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...