Saturday, March 8, 2014

MH370 Boeing 777-200 dilaporkan hilang semasa penerbangan Kuala Lumpur - Beijing

Komen Kalau Nak Cakap Sesuatu....












Kronologi Pesawat MAS KL – Beijing Hilang & Terhempas di Laut China Selatan








Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara bersama 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.






TV3 menerumah Kapten Norudin Abd Majid.

Bukan calang-calang orang. Beliau merupakan ketua bahagian pesawat 777 sewaktu berkhidmat di MAS.

Apabila ditanyakan pendapat beliau apakah yang berlaku ke atas MH370, beliau dengan penuh yakin berkata:

"HILANG! Benar-benar hilang!"

Beliau memberi jawapan yang pada saya di luar jangkaan jawapan seorang juruterbang.

Dan apabila ditanya bagaimana cara untuk mencari, beliau merespon:

"Kita perlukan doa daripada orang-orang soleh dan ahli keluarga..

Sekiranya teknologi sains tidak berjaya, maka kita kena guna cara lain.

Benda ni ada kaitan dengan sains dan pencipta sains itu sendiri (Allah)"...tambahnya.


Pencipta sains iaitu Allah yg Esa. 



Bantu mereka ya Allah. Bantu kami semua. Hanya kepada Engkaulah tempat kami meminta pertolongan.







No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...