Thursday, May 15, 2014

Ucapan Selamat Hari Guru 2014


16 Mei setiap tahun pastinya sering diingati oleh mereka yang bergelar pelajar. Hari guru adalah yang istimewa untuk meraikan jasa dan pengorbanan seorang guru untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Pada sambutan hari guru pastinya anak murid dan pelajar akan memberi hadiah atau kad ucapan “Selamat Hari Guru” kepada guru yang mendidik mereka sebagai balasan mendidik mereka selama ini tanpa jemu.






Bagi tahun 2014 tema sambutan Hari Guru kali ke 43 adalah
Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.



Dikesempatan ini, Isra ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang telah mengajar dan mendidik Isra selama ini.Terima Kasih cikgu, guru, teacher, ustazah, ustaz, pensyarah, miss, sir, madam, LF, muallim, muallimah atau apa-apa saja... mereka adalah sama, merekalah insan yang bukan sedikit mempengaruhi dan menyumbang dalam episod kehidupan kita.. oleh itu, mari kita bertekad hari ini, untuk setiap hari menghadiahkan mereka dengan seuntai doa, semoga Allah sentiasa merahmati dan meredhai guru-guru kita, di mana saja mereka berada..












Guru...
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra,
Dalam diamnya ada bijaksana,
Dalam tangannya, kita terbina,
SELAMAT HARI GURU.. 
Moga ceria, sukses & dilindungiNYA



Guru oh guru...

Bila murid duduk.. Cikgu berdiri..
Bila murid diseligi.. Cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri.. Cikgu datang naik Myvi..
Murid dah dewasa jadi YB, Cikgu tetap begini..
Namun begitu.., Di dunia cikgu berbakti,
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi..
‘SELAMAT HARI GURU’


Mak cakap cikgu macam MAGGI,
Makanan rutin di waktu susah..
Ayah cakap cikgu macam D SEEKERS,
Garang dan menakutkan..
Atuk cakap cikgu macam ASTRO,
Macam-macam ada..
Tapi saya cakap cikgu macam LOREAL,
Kerana dirimu begitu berharga..
SELAMAT HARI GURU.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...