GEORGE TOWN: Seorang pemandu bas Rapid Penang cedera parah selepas ditikam seorang penumpang wanita yang dipercayai kurang siuman dalam bas berkenaan di Relau dekat sini, Isnin.
Aisyamudin Yaacob, 26, yang sedang memandu ketika kejadian pukul 7 pagi itu cedera parah di paha kanan akibat ditikam beberapa kali.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata, ketika kejadian terdapat beberapa penumpang lain di dalam bas.
"Siasatan awal mendapati wanita berkenaan yang duduk berhampiran tempat pemandu tiba-tiba bangun dan terus menikam mangsa berulang kali menyebabkan bas berhenti dan wanita terbabit melarikan diri.
"Kejadian berlaku sangat pantas dan penumpang yang berada di dalam bas tidak sempat menghalang tindakan wanita berkenaan atau mengejarnya," katanya ketika dihubungiBernama.
Mior Faridalatrash berkata, mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang oleh pemandu bas Rapid Penang lain yang melalui kawasan berkenaan.
"Setakat ini polis belum merekod keterangan mangsa kerana keadaannya masih kritikal dan kami meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata, usaha mengesan wanita yang menikam pemandu bas berkenaan giat dijalankan.
Sementara itu Rapid Bas Sdn Bhd pengendali Rapid Penang dalam kenyataan berkata ketika kejadian, pemandu bas berkenaan sedang bertugas dan dalam perjalanan dari jeti di George Town ke Balik Pulau.
"Kami bimbang dengan kejadian berkenaan dan berharap pihak polis dapat menahan wanita yang terlibat dalam insiden itu dengan segera. Rapid Penang akan memberikan kerjasama yang baik bagi membantu polis menjalankan siasatan kes itu," katanya.-Mstar
Sebentar tadi , kapten bas rapid ditikam di Relau, Pulau Pinang oleh seorang perempuan kurang siuman apabila lelaki ini tidak berhentikan bas ditempat yang beliau selalu turun..
NAMA PEMANDU BAS RAPID PULAU PINANG
AISYAMUDIN BIN YAACOB
Kapten Bas Rapid Peneng Ditikam di Relau, Pulau Pinang oleh Seorang Perempuan Kurang Siuman
No comments :
Post a Comment