Wednesday, January 28, 2015

Perkembangan Terkini Kehilangan Pesawat MH370 | Pengumuman Khas

Komen Kalau Nak Cakap Sesuatu....





Perkembangan Terkini Kehilangan Pesawat MH370 | Pengumuman Khas

TV3, NTV7, 8TV dan TV9 akan membawakan lintas lansung pengumuman dari Putrajaya sebaik menerima isyarat.

Pengumuman Khas mengenai tragedi pesawat mh370 yang dilaporkan hilang 8 mac tahun lalu dijangka akan diadakan jam 3.30 petang ini. ( 29/1/2015 ) 

Pengumuman akan dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awan Datuk Azharuddin Abdul Rahman di Pejabat DCA di Putrajaya


Setelah sekian lama rakyat Malaysia ataupun Dunia tidak mendapat perkhabaran daripada operasi mencari dan menyelamat SAR MH370. Satu pemberitahuan yang memaklumkan akan ada satu sidang media yang dijalankan pada petang ini cukup membuatkan para kerabat media untuk ternanti-nanti apakah perkembangan yang akan diumumkan oleh DCA mengenai misteri MH370 ini dan saya serta rakan-rakan kerja media  yang lain masih menantikan isyarat daripada DCA untuk sidang ini bermula bila-bila masa. Tetapi keadaan di dalam podium A ini, ketika ini nampaknya tertarik kepada 2 atau 3 keluarga daripada penumpang dan anak kapal mh370 yang turut bersama di dalam sidang media pada petang ini. dan saya akan kembali untuk membawakan kepada anda perkembangan dari podium A di Jabatan Penerbang Awan Putrajaya Ini apabila telah mendapat isyarat daripada DCA...

Paling mengejutkan pada petang ini apabila pihak Jabatan Penerbangan Awan memumumkan bahawa sidang media pada petang ini di batalkan tanpa sebarang sebab yang diberi  secara jelas dan akan dimaklumkan bila sidang media sidang media yang berikut akan dilansungkan. Tetapi pengumuman itu pasti mengundang kekecewaan banyak rakan-rakan kerja  media yang telah menanti lebih sejam di DCA Putrajaya ini untuk sekurang-kurangnya mendapat sedikit perkembangan tentang MH370.

Boleh juga saya maklumkan kepada Anda . bahawa kehadiran beberapa keluarga daripada penumpang dan anakkapal MH370 di dalam PodiumA ini walaupun dimaklumkan oleh Jabatan Penerangan bahawa keluaraga dan mereka  yang terlibat ataupun warisdari penerbangan MH370 tidak dibenarkan berada di dalam dewan ini berkemungkinan menjadi diantara sebab kepada pembatan sidang media pada petang ini.

Apapun penulis lansung tidak dapat saya teruskan kerana tiada apa-apa maklumat yang dapat saya salurkan kepada anda di luar sana dan anggota media akan pulang dengan tanggan kosong sahaja daripada DCA pada petang ini.

Saya rasa itu sahaja perkembangan yang pastinya mengecewakan bukan sahaja warga media tetapi rakyat Malysia yang terus menanti dan perkembangan misteri MH370 kosong ini, lagi perkembangan mengenai waris dan keluarga yang hadir dalam sidang media ini akan kami bawakan dalam post yang akan datang.

Sehingga itu saya Isra Ismail bagi pihak kru penerbitan dan rakan-rakan yang bertugas di sini mengucapakn  Terima Kasih dan sehingga kita berjumpa lagi dalam post akan datang .

Salam hormat.Assalamualaikum.

Satu pengumuman khas mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat mh370 dijadualkan pada 3.30 petang ini. 29 januari 2015 DIBATALKAN


Perkembangan Terkini Kehilangan Pesawat MH370 | UPDATE 29 Januari
Pengumuman Menerusi Televisyen yang disiarkan secara Langsung Menerusi Saluran TV1 RTM


Ketika membuat pengumuman itu menerusi televisyen yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 RTM, beliau berkata: "Dengan hati yang amat berat dan kesedihan yang mendalam, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasmi mengisytiharkan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines sebagai satu kemalangan dan bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat MH370 dianggap telah terkorban."

"Kami telah berusaha dan menjalankan pencarian daripada setiap sudut dan meneliti semua data yang sedia ada. Walaupun semua usaha ini dijalankan sejak 327 hari lepas (sehingga semalam), namun usaha pencarian itu malangnya masih belum  menemukan lokasi pesawat yang hilang itu," katanya.

Azharuddin berkata kerajaan Malaysia mengakui bahawa pengisytiharan mengenai kemalangan MH370 itu amatlah sukar bagi keluarga dan orang tersayang 227 penumpang dan 12 anak kapal untuk pertimbangan, apatah lagi menerimanya.

Beliau berkata 13 negara, juga kehilangan warganya terdiri daripada lelaki dan perempuan dalam tragedi ini tetapi bagaimanapun adalah penting bagi anggota keluarga cuba untuk meneruskan kehidupan biasa, atau kehidupan seperti biasa sebaik mungkin selepas kehilangan mengejut ini.

"Tanpa niat langsung untuk meredakan perasaan anggota keluarga, adalah diharapkan bahawa pengisytiharan ini membolehkan keluarga mendapatkan bantuan yang diperlukan, terutama menerusi proses pampasan," kata Azharuddin.

Pesawat Malaysia Airlines itu hilang pada 8 Mac, 2014, ketika dalam penerbangan ke Beijing setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.

Azharuddin memberitahu negara dan penonton antarabangsa bahawa pengisytiharan MH370 adalah satu kemalangan dibuat mengikut Piawaian Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (biasanya dikenali sebagai Konvensyen Chicago).

Azharuddin berkata Bab 1 Lampiran 13 konvensyen menyatakan bahawa definisi "kemalangan" termasuk "pesawat hilang".

Ia juga menyatakan bahawa "pesawat dianggap hilang apabila pencarian secara rasmi telah dihentikan dan bangkai pesawat tidak ditemukan".

Lampiran 12 konvensyen seterusnya menyatakan bahawa istilah "mencari" merujuk kepada operasi untuk mencari orang yang berada dalam kesukaran.

Azharuddin berkata fasa mencari dan menyelamat dijalankan pada hari pesawat hilang sehingga 28 April 2014 dengan kawasan pencarian meliputi Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan selatan Lautan Hindi.

Beliau menegaskan bahawa operasi pencarian di bawah permukaan air masih berterusan pada masa ini dan operasi itu dijalankan oleh empat buah kapal iaitu Go Phoenix, Fugro Discovery, Fugro Equator dan Fugro Supporter. Pencarian telah meliputi kawasan seluas lebih 18,600 kilometer persegi sehingga semalam.

Azharuddin berkata berdasarkan analisis semua bukti yang ada dan maklumat fakta yang menyokongnya, data ini menyokong kesimpulan bahawa Penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Berdasarkan data yang sama, katanya, pihak berkenaan membuat kesimpulan bahawa pesawat telah kehabisan bahan api di kawasan tertentu di selatan Lautan Hindi, dan bahawa pesawat kini bersemadi di dasar laut berhampiran kawasan yang ditakrifkan.

"Ini adalah kawasan terpencil, jauh dari mana-mana tempat pendaratan yang mungkin. Ia juga kawasan dengan keadaan laut bergelora dengan kedalaman yang diketahui melebihi 6,000 meter.

"Selepas 327 hari (sehingga 28 Jan 2015) dan berdasarkan semua data yang ada dan berdasarkan keadaan yang dinyatakan sebelum ini, peluang untuk hidup di kawasan itu adalah sangat tidak mungkin," katanya sebelum mengisytiharkan bahawa Penerbangan MH370 adalah satu kemalangan.

Beliau merakamkan perasaan simpati yang mendalam kepada semua mereka yang terlibat dalam apa yang disifatkannya sebagai kemalangan dahsyat sambil berkata ia merupakan saat yang mengecewakan bagi semua mereka yang berusaha dalam misi mencari MH370.

"Kami tidak pernah goyah dalam komitmen kami untuk meneruskan usaha mencari pesawat MH370 dan mengakhiri episod sedih ini bagi semua, terutama bagi keluarga penumpang dan anak kapal MH370," kata ketua pengarah DCA itu.

Sambil menekankan bahawa pengisytiharan itu tidak bermakna ia sudah berakhir, Azharuddin berkata: "Kami akan meneruskan dengan kerjasama dan bantuan daripada kerajaan China dan Australia.

"MH370, penumpang dan anak kapalnya senantiasa akan diingati dan diberi penghormatan."

Azharuddin berkata kerajaan Malaysia memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines akan melaksanakan tanggungjawabnya berhubung dengan hak yang sah mengikut undang-undang dan kepentingan waris keluarga sebagaimana termaktub di bawah instrumen antarabangsa yang berkaitan dan undang-undang yang relevan, dengan pertimbangan sewajarnya kepada amalan antarabangsa.

"Ini termasuk memenuhi proses pampasan sama ada ia dilaksanakan melalui perbincangan atau melalui litigasi. - Bernama




Sidang media MH370 akan berlangsung menerusi rangkaian televisyen Media Prima dan Tonton pada jam 3:30 petang ini.








2 comments :

dyanzakhi said...

singgah sini ^^

Nik Ainaa said...

dtg singgh jenguk sponsor yg djoin :) http://nikainaa.blogspot.com/2015/02/segmen-jom-blogwalking-dan-menang.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...