Thursday, February 26, 2015

Muzika Nusantara Senadi dalam Seni | Konsert Nusantara Yayasan Warisan Negara 13 Mac – 14 Mac

Suka Blog ini? Like Kalau Suka, Komen Kalau Nak Cakap Sesuatu....

Pentas Istana Budaya bakal bergegar sepanjang tahun 2015.

Tahun 2015 pasti menjadi tahun yang dinanti-nantikan buat semua peminat seni pentas tanah air kerana Istana Budaya bakal membawa kelainan pada tahun ini sempena Tahun Festival Malaysia (MyFest 2015).

Kini, pada bulan March yang bakal tiba, Satu Konsert atau lebih tepat lagi Muzika Nusantara yang bakal bakal di pentaskan pada 13 Mac – 14 Mac.



Konsert Muzikal Nusantara ini menampilkan gabungan budaya di antara dua negara serumpun iaitu Malaysia dan Indonesia yang akan mempersembahkan konsep tarian dan nyanyian yang berdurasi selama 2 jam. Konsert ini bakal menyajikan keindahan dan kekayaan warisan nenek moyang dalam Kepulauan Melayu yang penuh dengan warna-warni serta memperlihatkan perkongsian dalam konteks serumpun Melayu. Saksikan persembahan muzikal ini yang dibarisi oleh artis-artis terkenal seperti Dato' Siti Nurhaliza, Dwen, Tegar, Krisdayanti dan Rafli Kande.



Muzika Nusantara | Konsert Nusantara Yayasan Warisan Negara 13 Mac – 14 Mac.








Tiket-tiket boleh dibeli pada harga harga tiket rm50,rm70,rm100,rm150, mrm200,rm250,rm300 serta boleh didapati di laman web redtix.airasia.com

Gambar kredit kepada : ISTANA BUDAYA / REDTIX AIRASIA


====================INFO=====================

Istana Budaya boleh berbangga sebagai sebuah panggung yang pertama di Asia yang mempunyai mekanisme pentas yang tercanggih untuk pementasan teater.


Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, pengaturan jadual-jadual persembahan di Istana Budaya lebih mengikut tema perayaan-perayaan utama.

Tambah beliau, sebagai langkah untuk lebih mengharmonikan hubungan Malaysia – China ekoran tragedi MH370, Istana Budaya berhasrat untuk mengangkat tiga produksi besar dari China sebagai menyokong hubungan diplomasi antara kedua-dua negara tersebut yang telah terjalin sejak 40 tahun lampau.

Turut bakal menjadi sebutan ramai adalah sebuah muzikal ( MUZIKAL SITI ) yang diangkat daripada kisah hidup penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. [KLIK SINI]

Nazri juga berkata bagi musim ini, seiring dengan MyFest 2015, Istana Budaya mensasarkan 50% pementasan akan diberi kepada produksi tempatan dan antarabangsa juga sebanyak 50%.

“Penyeimbangan produksi tempatan dan antarabangsa ke arah menjadikan seni sebagai industri kepada para penggiat seni tanah air terutamanya golongan muda,” katanya lagi.

Pementasan produksi seni dari luar negara sudah pasti dapat menarik minat pelancong dan khalayak dari negara-negara ASEAN khususnya Singapura, Brunei, Indonesia dan lain-lain.

Ini selaras dengan pemilihan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini yang dijangka mampu menyemarakkan perkembangan rantaian ekonomi negara dan juga sektor pelancongan.

Senarai penuh Kalendar Istana Budaya 2015 adalah seperti berikut: [ KLIK SINI ]

2 comments :

Unknown said...

ada siti nurhaliza la..

saya join giveaway yg tuan blog ni sponser..
http://akubudakkayu.blogspot.com/2015/02/giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html

ISRA ISMAIL said...

yep, Ada Dato' Siti Nurhaliza.. =)

Terima Kasih, Good Luck =).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...