Monday, February 16, 2015

Romantika Syawal Bersama Dato' Siti Nurhaliza Bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa

Suka Blog ini? Like Kalau Suka, Komen Kalau Nak Cakap Sesuatu....

Romantika Syawal Bersama Dato' Siti Nurhaliza Bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa


ROMANTIKA RAYA
3-9 SYAWAL 
( 19-26 JULAI, 1 PETANG  ) 
(ASTRO RIA & ASTR RIA HD)

Caption : 16.02.15 Teaser... pagi dirumah Dato Siti #behindthescene #love #romantikaastro

InsyaAllah ianya bakal disiarkan menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Mustika HD (Saluran 134) pada awal syawal pada tahun ini. (sumber diperolehi merusi akaun IG: mar_rawi).
Sebarang perubahan hari dan waktu siaran adalah kuasa Pihak Penerbit dan Astro.

Ha mesti semua orang cari kalender nak tengok bila kita bakal sambut Hari Raya kan.. InsyaAllah pada
* 1 Syawal 1436 17 Julai 2015 Hari Raya Puasa/Aidilfitri
* Tarikh Hari Raya Puasa/Aidilfitri akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
^Sumber Klik Sini.

Lepas je dapat info ni, Isra pun tengok la IG kat Siti @ctdk untuk cari gambar lain yang boleh di masukan dalam blog nie , tup2 jumpa la gambar nie.. hehehehe..

Caption : Jgn dok kata saya obses sgt kat suami saya sampai pen pun ada misai naa..ini hadiah peminat bagi cheq..tq naa
===============================================
ROMANTIKA

Romantika di Astro Ria Singkap Rahsia Pasangan Selebriti

Romantika merupakan sebuah rancangan berkonsepkan drama realiti yang menyingkap kisah pasangan selebriti ternama di Malaysia. Rancangan ini memaparkan pengalaman mereka menguruskan rumah tangga dan kehidupan realiti yang dilalui di sebalik lensa kamera dan kehidupan glamor sebagai selebriti terkenal

Sebelum ini pihak Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad pernah berkata, ”Semoga dengan kehadiran program seperti ini dapat mempromosikan lagi budaya mengekspresikan rasa kasih sayang pasangan suami isteri dan seluruh ahli keluarga di kalangan para penonton kami. Selain itu, kami juga ingin memaparkan kepada masyarakat umum bahawa pasangan selebriti dan artis terkenal juga turut mempunyai kehidupan berkeluarga seperti orang lain di luar sana untuk kita lebih saling memahami dan menghormati”.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan rancangan yang menyingkap kehidupan pasangan selebriti
di sebalik dunia glamor berjudul Romantika

NEW UPDATE : 3 SYAWAL / 19 JULAI 
Romantika Syawal Bersama Dato' Siti Nurhaliza Bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa)

ROMANTIKA RAYA
3-9 SYAWAL 
( 19-26 JULAI, 1 PETANG  ) 
(ASTRO RIA & ASTRO RIA HD)
  yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Selasa,
jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Mustika HD (Saluran 134).






1 comment :

Sayidah Napisah said...

okay kena save date ni. maklumlah peminta siti :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...