Friday, April 10, 2015

Dayang Nurfaizah LUPA LIRIK LAGU DIBANTU Dato' Siti Nurhaliza ABPBH2014



Gandingan Datuk Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah adalah antara persembahan yang dinanti-nantikan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2014 di Arena Of Stars Genting Highlands malam ini.



Siti dan Dayang akan menyampaikan lagu-lagu yang dipopularkan oleh Datuk Sharifah Aini sebagai persembahan tribute mengenang seniwati negara itu.


Dua diva popular ini dikenali dengan kemantapan vokal yang tidak dapat disangkal lagi dan gabungan mereka buat julung kali dijangka menjadi kemuncak kepada anugerah berprestij ini.


Jika korang perasan,  Dayang Nurfaizah terlupa lirik semasa menyanyi bersama Dato' Siti Nurhaliza dalam menyampaikan lagu "TIADA MAAF BAGIMU". Namun segalanya dapat diatasi dengan keberadaan Dato Siti Nurhaliza. Dayang mula berinteraksi dengan memandang kearah Dato' Siti dengan dan melepaskan lirik lagu dengan memanjangkan perkataan atau lirik tersebut. "Kau..." dengan berdiam 2 saat, dan dibantu oleh Dato Siti. Dayang mula menyambung lirik lagu tersebut " turut kata hatimu". 

Jika diperhatikan Dayang sebagai seorang penyanyi profesional sungguh pandai mengawal keadaan dengan berinteraksi dan mendapatkan batuan pasangan duetnya. Dato' Siti Nurhaliza. Dato Siti membantu Dayang dengan menyebut baris kata lirik lagu tersebut lalu Dayang melontarkan baris kata lirik lagu tersebut .




TIADA MAAF BAGIMU - SHARIFAH AINI

Tiada Maaf Bagimu
Lirik Lagu Melayu
Sharifah Aini


Mengapa harus kita berpisah
Setelah lama kita bercinta
Tiada kesalahan yang ku perlakukan
Yang menyakiti hatimu


Mungkinkah ini kerna hasutan
..Menarik diri tanpa alasan
Tapi tak mengapa
Ku takkan kecewa
Kau ......turut kata hatimu.

( korus 1 )
Kini kau datang kembali
Memohon maaf dariku
Ku tak sudi memandang mu
Pergi kau dari hidupku

Tak usah kau menyesali
Cinta bagi ku sekali
Kini silakan kau pergi
Sedikit ku tak kecil hati

( korus 2 )
Oh tiada lagi maaf bagimu
Hati ku takkan terpujuk lagi
Suatu masa dulu kau tinggalkan daku
Yang dahagakan cintamu



ADIRA MENYEBUT NAMA DATO' SITI NURHALIZA DAN SENARAI NAMA TOP 5 ( Alyah Dayang Nurfaizah Fynn Jamal Stacy ) SEMASA MEMENANGI ANUGERAH PENYANYI WANITA POPULAR.






No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...