Friday, July 3, 2015

GO SHOP CARA DAPATKAN 10% DISKAUN DAN RM20 DARI GO SHOP


PROGRAM RUJUKAN GO SHOP
RUJUK KAWAN, DAPAT GANJARAN !
DEMI SAYANG, BELI BARANG

.

Melalui Panggilan Telefon ( 1 800 82 0088 )

Melalui Website Go Shop di PC atau Tablet Anda

Melalui Website Go Shop di Telefon bimbit atau Tablet Anda


PROGRAM RUJUKAN GO SHOP

TERMA DAN SYARAT

1. Program yang dikenali sebagai " Program  Rujukan Go Shop" dianjurkan oleh Astro GS Shop Sdn Bhd (No. Syarikat 1081077-X) ("AGSSB" atau "Kami") berkenaan dengan pembelian di rumah oleh Pelanggan Setia dan Pelanggan Baru AGSSB (berumur 18 tahun ke atas, pada tarikh permulaan Program ini) yang membeli produk dari "Go Shop" TV di Astro Saluran 118 dan disesawang  www.goshop.com.my ("Go Shop"), kecuali kakitangan atau pekerja AGSSB  kekal dan / atau sementara  dan keluarga terdekat mereka.
"Pelanggan Setia" atau "Anda" bermakna pelanggan semasa AGSSB pada permulaan Tempoh  Rujukan yang menyertai Program dan yang merujuk serta memperkenalkan Pelanggan Baru kepada AGSSB semasa Tempoh Rujukan.

"Pelanggan Baru" bermakna pelanggan baru yang dirujuk dan diperkenalkan oleh Pelanggan Setia yang mengambil bahagian dalam Program yang mendaftar sebagai pelanggan dengan AGSSB dan membuat pembelian dari Go Shop semasa Tempoh Rujukan.

2. Program ini akan bermula dari 8 Jun 2015 sehingga 31 Julai 2015 ("Tempoh Rujukan").

3. Dengan menyertai Program ini serta merujuk Pelanggan Baru kepada AGSSB, seseorang Pelanggan Setia mengakui telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma-terma yang dinyatakan di sini, dan untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Jika anda tidak bersetuju dengan syarat-syarat ini, anda tidak boleh menyertai dalam Program ini.

4. Pelanggan Setia akan berhak untuk menerima diskaun sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh (RM20) ("Diskaun Rujukan") dari satu (1) pesanan produk  Go Shop yang dibeli dalam satu resit oleh Pelanggan Setia apabila memperkenalkan setiap satu (1) Pelanggan Baru semasa Tempoh Rujukan yang menepati syarat-syarat berikut:

  a) mendaftar sebagai pelanggan baru dengan AGSSB
  b) membeli mana-mana produk dari Go Shop; dan
  c) memberikan nama dan nombor Pelanggan Setia kepada AGSSB.

5. Hanya satu (1) Diskaun Rujukan adalah dibenarkan untuk diguna oleh Pelanggan Setia bagi setiap satu (1) pesanan pembelian produk (s) dari Go Shop dalam satu resit tunggal. Tiada gabungan atau kompilasi sebarang Diskaun Rujukan dibenarkan dan Diskaun Rujukan tidak boleh digunakan untuk segala program atau promosi lain

6. Setiap Diskaun Rujukan akan sah selama tiga puluh (30) hari dari tarikh pembelian pertama dari Go Shop oleh Pelanggan Baru ("Tempoh Sah"). Notifikasi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) akan dihantar oleh AGSSB ke nombor telefon bimbit Pelanggan Setia  sebagai pengesahan Diskaun Rujukan serta Tempoh Sah.

7. Pelanggan Setia adalah dinasihatkan untuk mengguna Diskaun Rujukan semasa Tempoh Sah dan segala penggunaan selepas tamat Tempoh Sah tidak akan diterima oleh AGSSB dan akan dibatalkan dan tidak sah.

8. Setiap Pelanggan Baru akan layak untuk menerima diskaun sebanyak 10% ("Diskaun Pelanggan Baru") dari jumlah pesanan ke atas pembelian pertama untuk mana-mana produk dari Go Shop dalam satu resit semasa Tempoh Rujukan dengan syarat Pelanggan Baru semasa Tempoh Rujukan telah:

  a) mendaftar sebagai pelanggan baru dengan AGSSB; dan
  b) memberi nama dan nombor telefon Pelanggan Setia kepada AGSSB

9.Diskaun Rujukan dan Diskaun Pelanggan Baru tidak boleh ditukar untuk wang tunai, dibayar balik atau dipindah milik.

10.Semua diskaun dan/atau faedah dari Program ini hanya akan diberikan kepada pelanggan berdaftar AGSSB yang mengambil bahagian dalam Program ini,  yang telah membeli produk dari Go Shop semasa Tempoh Rujukan sahaja dan yang telah mematuhi terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung disini

11. Privasi dan data peribadi

  a)  Pelanggan Setia, mengaku janji dan bersetuju bahawa apabila Pelanggan Baru telah memberikan kepada AGSSB nama, nombor telefon Pelanggan Setia dan /atau apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh AGSSB bagi tujuan Program ini, Pelanggan Setia telah memberi keizinan kepada AGSSB untuk menggunakan data peribadinya  untuk tujuan yang telah dinyatakan disini. Walau apa pun yang tersebut di atas, Pelanggan Setia mengakui bahawa dia juga telah membaca, memahami dan bersetuju kepada terma-terma notis privasi AGSSB yang dikeluarkan kepada pelanggan AGSSB.
  b)  Pelanggan Baru mengesahkan, mengaku janji dan bersetuju bahawa ia hendaklah mendapatkan kebenaran Pelanggan Setia untuk memberikan kepada AGSSB, nama serta nombor telefon Pelanggan Setia dan / atau apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh AGSSB bagi tujuan Program  dan adalah bertanggungjawab untuk mematuhi kepada Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010.


12. Pelanggan Setia dan Pelanggan Baru hendaklah memastikan bahawa ianya mematuhi semua terma dan syarat yang dikemukakan oleh AGSSB berhubung dengan mana-mana pembelian produk dari Go Shop dan sehubungan ini, AGSSB mempunyai budi bicara mutlak untuk menahan atau membuat keputusan untuk enggan memberi diskaun dan / atau faedah dari Program ini kepada mana-mana Pelanggan Setia dan / atau Pelanggan Baru

13. AGSSB berhak untuk menukar, mengubah atau meminda terma-terma & syarat-syarat disini atau membatalkan Program pada bila-bila masa tanpa notis dan segala keputusan yang dibuat oleh AGSSB sehubugan ini adalah muktamad dan mengikat  kesemua yang menyertai Program ini.

14. Syarat-syarat disini hendaklah dibaca dengan Terma Pelanggan dan Syarat-syarat AGSSB untuk segala pembelian produk dari Go Shop. Terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung disini akan mengatasi mana-mana yang tidak konsisten hanya setakat ketidakselarasan itu berhubungan dengan Program ini.

15. Terma-terma dan syarat-syarat Program ini akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.

16. Sila hubungi nombor talian tol bebas Go Shop di 1800-82-0088 atau layari www.goshop.com.my untuk mendapat maklumat lanjut.




ELAKAN KESIBUKAN MUSIM PERAYAAN, BUAT PESANAN SEKARANG.




2 comments :

emmadianablogspot said...

bagus jugak info ni , boleh saya share ?

ISRA ISMAIL said...

Emma Diana, boleh share... amat dialu-alukan. Terima Kasih kerana sudi membaca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...