Friday, October 27, 2017

SALJI DALAM WAYANG KCM MBO KUANTAN CITY MALL












Hai, buat pengetahuan semua Kuantan City Mall dah pun buka. Hehehehe...
Apa yang menarik kat sini. Sebab ada MBO. Apa yang menarik tentang MBO?? sebab mereka menawarkan pengalaman menonton wayang dengan lebih WOW. Di sini terdapat 6 skrin standard di samping 3 ‘skrin istimewa’, dan menjadikan 9 jumlah dewan pawagam semua yang boleh dinikmati 1328 penonton dalam satu-satu masa.




Nak tau apa ‘skrin istimewa’ yang ditawarkan MBO? Haa, meh isra kongsi dengan korang semua.
Untuk pengetahuan korang semua.. korang boleh pilih daripada 3 konsep tontonan yang unik dari jenis hall berbeza antaranya MBO Kecil, MBO Big Screen dan MBO MX4D.









MBO Big Screen dikhususkan buat korang semua yang gila tengok wayang. Disini ianya dilengkapi dengan teknologi canggih yang terkini hasil kerjasama dengan BARCO. Projektor RGB laser utama mereka yang pertama seumpamanya di Malaysia, membawa kualiti imej yang canggih ke skrin besar dengan kecerahan terbaik, kontras tinggi dan prestasi warna yang unggul. Kuantan City Mall adalah layar terbesar di Pantai Timur malah digabungkan dengan sistem suara DOLBY ATMOS yang realistik! Wow!







SALJI ???

MBO turut menawarkan dewan pawagam MBO MX4D EFX buat penduduk Kuantan yang dilengkapi teknologi canggih supaya penonton boleh merasai kesan khas seperti salji, buih, ledakan udara, angin, penggeletek leher, aroma, pencahayaan eksklusif dan kabus. Perghhhh Biar betul? yang paling WOW ianya adalah yang PERTAMA diperkenalkan di Malaysia. Ok penulis blog pun tak akan lepaskan peluang ini untuk merasai pengalaman menonton wayang paling syok selama ni!










MBO KECIL








MBO Kecil pula adalah sebuah dewan konsep baharu yang berfungsi sebagai ruang khusus untuk ibu bapa dan anak-anak dari semua peringkat umur dan saiz pertama seumpamanya di Malaysia! Dengan elemen seperti Sofabed Kecil, bean bag dan taman permainan di dalam pawagam, MBO cuba mengubah cara keluarga berinteraksi antara satu sama lain dengan filem.


Terdapat  bean bag yang selesa disedia. Lampu dalam MBO Kecil juga diperbaharui supaya lebih terang bagi memudahkan ibu bapa mengawasi anak masing-masing. Lepas tu, audio pun diperhaluskan supaya ibu bapa dan anak dapat dengar suara antara satu sama lain. Wow, MBO ALLSTAR MEMANG SYOKKKKKK



LAPAR

Jangan risau!!! MBO di Kuantan City Mall turut memperkenalkan Cafecito, konsesi jualan unik yang baharu bertemakan coffeehouse yang menyajikan minuman mewah dan makanan ringan. Macam-macam boleh beli kat sini! 


Tapi, kalau nak popcorn jugak, ia masih dijual seperti biasa. 




































No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...