Wednesday, January 14, 2015

Keluar UTHM masuk UiTM Shah Alam : Bila Duit Jadi Penghalang

Suka Blog ini? Like Kalau Suka, Komen Kalau Nak Cakap Sesuatu....



Keluar UTHM masuk UiTM Shah Alam : Bila Duit Jadi Penghalang

dah besar nanti nak jadi apa?

  "doktor!"                  "bomba!"                              "saintis!"
 "polis!"                     "juruterbang!"
"arkitek!"                  "pelukis!"                              "askar!"


kalau nak capai cita2, kena belajar bersungguh2 ok!

nie dulu. masa kita kecil. tak nampak lagi cabang2 kerjaya macam mana. namakan saja pekerjaan2 yang famous, semua kita sebut. siap bole tuka2 cita2 lagi. tak apa, nothing happens unless first a dream. minda dah di setkan kalau nak kejar cita2 kena belajar bersungguh2, aja aja fighting. jadi kita pun belajar sungguh2, pass semua exam.

satu kerjaya nie sangat berbeza dari pandangan aku. juruterbang. kenapa? pernah satu ketika dulu lepas spm aku apply untuk join sebuah flying academy. senang. qualification : spm. tak payah masuk u, tak payah belajar, 2tahun just ambil lesen, gaji masyuk! result aku cukup bagus katanya. tapi kenalah sediakan yuran cket. cket je tak banyak, dalam 250ribu macam tu. aku pun straight seluk poket kanan seluar, keluarkan jari fuck.

tapi aku tak down mana pun. cita2 aku bukan nak jadi pilot. tak pernah aku tanamkan cita2 yang sebegitu. aku tak ada cita2. cuma ada matlamat. singkatkan masa belajar, cepat dapat kerja prospect bagus, dapat duit guna bantu keluarga keluar dari kesempitan hidup.


tapi macam mana dengan mereka2 yang tanamkan cita2 jadi pilot dari kecil, belajar bersungguh2 but then bila sampai masa kena sediakan 250ribu? dapat pulak family background yang tak berkemampuan dari segi kewangan. ha?? konklusinya, pilot nie untuk anak2 orang kaya la kan. academic performance tak tengok sangat.

* * * * * * * * * *
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Aeronautical Engineering Technology and Professional Flight


22 september 2011, universiti tun hussein onn malaysia :

Tuan,

MENARIK DIRI DARI MENERUSKAN PENGAJIAN DI UTHM

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.


2.   Saya  Muhammad Asyraf Farouq  No. Kad Pengenalan/myKad :  ******-**-**** No. Matrik :  ******** dengan ini berhasrat untuk menarik diri dari meneruskan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik dan Penerbangan Profesional di UTHM seterusnya berhasrat untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam yang lain berkuatkuasa dari tarikh surat ini.

3.   Ini adalah kerana keluarga saya tidak mampu untuk membiayai kos yang sangat tinggi untuk jurusan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik dan Penerbangan Professional mahupun jurusan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik dan Penyelenggaraan Pesawat walaupun telah berusaha sepenuhnya mencari sumber pembiayaan dari pelbagai pihak.

* * * * * * * * * *

surat rasmi aku dicop dan diturunkan tandatangan. 

proses keluar dan berhenti dari pengajian bukan mudah. ada prosedurnya. aku terpaksa ke pejabat akademik untuk proses pembatalan kursus dan data seterusnya ke pejabat asrama, perpustakaan, pusat koko untuk memulangkan segala harta benda universiti termasuk kad matrik yang pernah aku banggakan di dada selama ini. aku dimestikan keluar dari uthm dalam keadaan bersih dan suci. title aku sebagai 'budak aero', 'abg pilot' dan amende lagi entah kawan2 aku gelar, terlucut dengan sendirinya di pagar pintu masuk uthm.





* * * * * * * * * *


reasonnya senang. its all about money. research yang aku buat pasal course nie tak cukup. dari mula lagi aku ingat course nie dah ada tajaan yang disediakan pihak u. tapi tak. masa taklimat hari pendaftaran baru aku diupdate. aku tenang. tapi mak bapak aku?? biasalah ibu bapa, "takpe, kamu belajar je rajin2, duit tu boleh cari". belakang kita entah macam mana. 250ribu kot!! mak bapak aku takda kerja. aku taknak susahkan diorang. so, berkorban, lepaskan benda yang aku minat. 


aku cerita macam nie bukan bermaksud aku sorang je yang ada masalah kewangan nie. tapi satu batch aku, 23orang. masing2 ada masalah sendiri. yang lagi susah dari aku pun ada, anak yatim lagi. ha, tengok betapa tabah dan cekalnya diorang untuk terus stay mengejar cita2. diorang pun dah buat macam2 nak brainwash aku untuk stay, "lepak r faro, kite sabar je tunggu. yakin. nanti mesti ada cara nak selesaikan". tapi kalo ditengok balik, situasi nie sama je macam tyme aku apply untuk join flying academy tu. kalau aku tau awal2, aku mmg reject course nie punya. percayalah. 2minggu bersama korang adalah pengalaman yang tak mungkin dilupakan.









setiap manusia nie berbeza. macam2 pendapat, macam2 cara berfikir, macam2 keputusan. mungkin bagi korang aku dah buat keputusan yang salah. family aku tak berani ambil risiko. pada kami, masih tak nampak lagi cara nak selesaikan masalah tu. jadi nie keputusan terbaik yang aku boleh buat. bidang yang aku target dari lepas spm dah aku capai. cuma terkandas disebabkan masalah kewangan. dalam hidup nie kita hanya mampu merancang, tuhan menentukan.

* * * * * * * * * *

  • Universiti Teknologi MARA
  • B.Eng. (Hons.) Oil and Gas

23 september 2011, 9 a.m, shah alam - aku daftar masuk uitm shah alam. untuk course oil and gas engineering. kira macam second intake la. tak apa, nak sampai destinasi ada bnyak jalan. jalan jauh, shortcut, jalan karak, jalan dalam, highway, jalan mati pun ada. nak capai cita2 dan matlamat hidup pun ada banyak cara tak kira cepat atau lambat. cuma diharapkan jangan ade jalan mati lah ye~ dah malas nak sembang pasal nie lagi. masa depan aku pun tak nampak lagi. 

tapi kat uitm nie banyak pompuan lah. amoi je takde. hah! (tetibe je)


=)

Habis UiTM Pulau Pinang masuk INSTEP : Bila Hari Berbicara  Bila Tiba Masanya, kau tentu tahu ada Hikmah di sebaliknya.

 Muhammad Asyraf Farouq  Internship  at   UMW Oil & Gas UMW Offshore Drilling, Technical and Maintenance Johor Matriculation Technical College (KMTJ), Pontian, Johor.Electrical Engineering, 2010 - 2011 Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (SMSTJ), Kuala Pilah, Negeri Sembilan.SPM, 2005 - 2009 Sekolah Kebangsaan Batu Kikir (SKBK), Baru Kikir, Negeri Sembilan. UPSR, 1999 - 2004 Saya  ASY FARO  No. Kad Pengenalan/myKad 




2 comments :

Anonymous said...

Bagaimana saudara memohon uitm? perlu melalui UPU? Saya pun pelajar uthm dan bercadang utk berhenti pengajian dan tukar universiti & kos yg lain. Mohon pencerahan tentang proses untuk berhenti pengajian serta proses memohon semula ipta lain.

Unknown said...

Nak tanya...proses berhenti pengajian ni lama tak? Dlm masa satu hari boleh settle ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...