Keluar UTHM masuk UiTM Shah Alam : Bila Duit Jadi Penghalang
dah besar nanti nak jadi apa?
"doktor!"
"bomba!"
"saintis!"
"polis!"
"juruterbang!"
"arkitek!" "pelukis!"
"askar!"
kalau nak capai cita2, kena belajar bersungguh2 ok!
nie dulu. masa kita kecil. tak nampak lagi
cabang2 kerjaya macam mana. namakan saja pekerjaan2 yang famous, semua kita
sebut. siap bole tuka2 cita2 lagi. tak apa, nothing
happens unless first a dream. minda dah di setkan kalau nak
kejar cita2 kena belajar bersungguh2, aja aja fighting. jadi kita pun belajar
sungguh2, pass semua exam.
satu kerjaya nie sangat berbeza dari pandangan aku.
juruterbang. kenapa? pernah satu ketika dulu lepas spm aku apply untuk join
sebuah flying academy. senang. qualification : spm. tak payah masuk u, tak
payah belajar, 2tahun just ambil lesen, gaji masyuk! result aku cukup bagus
katanya. tapi kenalah sediakan yuran cket. cket je tak banyak, dalam 250ribu
macam tu. aku pun straight seluk poket kanan seluar, keluarkan jari fuck.
tapi aku tak down mana pun. cita2 aku bukan nak jadi pilot. tak pernah
aku tanamkan cita2 yang sebegitu. aku tak ada cita2. cuma ada matlamat.
singkatkan masa belajar, cepat dapat kerja prospect bagus, dapat duit guna
bantu keluarga keluar dari kesempitan hidup.
tapi macam mana dengan mereka2 yang tanamkan cita2 jadi pilot dari kecil, belajar bersungguh2 but then bila sampai masa kena sediakan 250ribu? dapat pulak family background yang tak berkemampuan dari segi kewangan. ha?? konklusinya, pilot nie untuk anak2 orang kaya la kan. academic performance tak tengok sangat.
tapi macam mana dengan mereka2 yang tanamkan cita2 jadi pilot dari kecil, belajar bersungguh2 but then bila sampai masa kena sediakan 250ribu? dapat pulak family background yang tak berkemampuan dari segi kewangan. ha?? konklusinya, pilot nie untuk anak2 orang kaya la kan. academic performance tak tengok sangat.
* * * * * * * * * *
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Aeronautical Engineering Technology and Professional Flight
22 september 2011, universiti tun
hussein onn malaysia :
Tuan,
MENARIK DIRI DARI MENERUSKAN
PENGAJIAN DI UTHM
Dengan segala hormatnya perkara di
atas dirujuk.
2.
Saya Muhammad Asyraf Farouq No. Kad Pengenalan/myKad : ******-**-****
No. Matrik : ******** dengan ini berhasrat untuk menarik diri
dari meneruskan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Kejuruteraan Aeronautik dan Penerbangan Profesional di UTHM seterusnya
berhasrat untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam yang
lain berkuatkuasa dari tarikh surat ini.
3.
Ini adalah kerana keluarga saya tidak mampu untuk membiayai kos yang
sangat tinggi untuk jurusan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik dan
Penerbangan Professional mahupun jurusan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan
Aeronautik dan Penyelenggaraan Pesawat walaupun telah berusaha sepenuhnya
mencari sumber pembiayaan dari pelbagai pihak.
* * * * * * * * * *
surat rasmi aku dicop dan diturunkan
tandatangan.
* * * * * * * * * *
reasonnya senang. its all about money. research yang aku buat pasal course nie tak cukup. dari mula lagi aku ingat course nie dah ada tajaan yang disediakan pihak u. tapi tak. masa taklimat hari pendaftaran baru aku diupdate. aku tenang. tapi mak bapak aku?? biasalah ibu bapa, "takpe, kamu belajar je rajin2, duit tu boleh cari". belakang kita entah macam mana. 250ribu kot!! mak bapak aku takda kerja. aku taknak susahkan diorang. so, berkorban, lepaskan benda yang aku minat.
aku cerita macam nie bukan bermaksud aku sorang je yang ada masalah kewangan nie. tapi satu batch aku, 23orang. masing2 ada masalah sendiri. yang lagi susah dari aku pun ada, anak yatim lagi. ha, tengok betapa tabah dan cekalnya diorang untuk terus stay mengejar cita2. diorang pun dah buat macam2 nak brainwash aku untuk stay, "lepak r faro, kite sabar je tunggu. yakin. nanti mesti ada cara nak selesaikan". tapi kalo ditengok balik, situasi nie sama je macam tyme aku apply untuk join flying academy tu. kalau aku tau awal2, aku mmg reject course nie punya. percayalah. 2minggu bersama korang adalah pengalaman yang tak mungkin dilupakan.
setiap manusia nie berbeza. macam2 pendapat, macam2 cara berfikir, macam2 keputusan. mungkin bagi korang aku dah buat keputusan yang salah. family aku tak berani ambil risiko. pada kami, masih tak nampak lagi cara nak selesaikan masalah tu. jadi nie keputusan terbaik yang aku boleh buat. bidang yang aku target dari lepas spm dah aku capai. cuma terkandas disebabkan masalah kewangan. dalam hidup nie kita hanya mampu merancang, tuhan menentukan.
* * * * * * * * * *
- Universiti Teknologi MARA
- B.Eng. (Hons.) Oil and Gas
23 september 2011, 9 a.m, shah alam - aku daftar masuk uitm shah alam. untuk course oil and gas engineering. kira macam second intake la. tak apa, nak sampai destinasi ada bnyak jalan. jalan jauh, shortcut, jalan karak, jalan dalam, highway, jalan mati pun ada. nak capai cita2 dan matlamat hidup pun ada banyak cara tak kira cepat atau lambat. cuma diharapkan jangan ade jalan mati lah ye~ dah malas nak sembang pasal nie lagi. masa depan aku pun tak nampak lagi.
tapi kat uitm nie banyak pompuan lah. amoi je takde. hah! (tetibe je)
=)
Habis UiTM Pulau Pinang masuk INSTEP :Bila Hari Berbicara Bila Tiba Masanya, kau tentu tahu ada Hikmah di sebaliknya.
Habis UiTM Pulau Pinang masuk INSTEP :
2 comments :
Bagaimana saudara memohon uitm? perlu melalui UPU? Saya pun pelajar uthm dan bercadang utk berhenti pengajian dan tukar universiti & kos yg lain. Mohon pencerahan tentang proses untuk berhenti pengajian serta proses memohon semula ipta lain.
Nak tanya...proses berhenti pengajian ni lama tak? Dlm masa satu hari boleh settle ke?
Post a Comment