Friday, January 2, 2015

Tarikh dan Tema sambutan Maulidur Rasul 2015/ 1436H di Malaysia | “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”

Suka Blog ini? Terima Kasih




Salam Maulidur Rasul 1436H...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw.


TAHUKAH ANDA..? Pada Tahun 2015 kita mnyambut 2 kali Maulidur Rasul 3/1/15 & 24/12/15. For me..... this year so special........ takde pd tahun lain. Subhanallah!



Tarikh dan Tema sambutan Maulidur Rasul 2015/ 1436H di Malaysia. Menerusi takwim Islam 1436H, tarikh sambutan Maulidur Rasul jatuh pada hari Sabtu 3 Januari 2015 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1436H. Tema sambutan Maulidur Rasul 2015 pada kali ini adalah “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”. Bagi umat Islam, Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan atau kelahiran Nabi Muhammad. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT.




Tema Sambutan Maulidur Rasul 1436H/ 2015M Malaysia

“Perpaduan Nadi Transformasi Negara”

Tarikh Sambutan Maulidur Rasul 2015/ 1436H Malaysia

3 Januari 2015 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1436H

Sumber Gambar : FB



By the way, sempena Maulidur Rasul yang setahun sekali je muncul..Marilah kita sama-sama renungkan beberapa hadis Rasulullah S.A.W.  (Tapi tahun 2015.. kita akan sambut 2 kali)

Dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. 
[Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”.
 [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. 
[Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]


Banyak sungguh fadhilat berselawat keatas Rasulullah S.A.W kekasih Allah. Dengan berselawat juga kita dapat PAHALA. 

Bila berselawat teringat kat Baginda, menitis air mata. Ya Rasulullah, Kami umatmu amat merinduimu.





Disini Sini kami sertakan beberaa koleksi ucapan Maulidur Rasul pada 3 Januari 2015. Pada 12 Rabiulawwal 1436H, seluruh umat islam diseluruh negara akan menyambut hari kelahiran atau hari keputeraan Nabi Muhammad. Berikut adalah beberapa koleksi kad ucapan sempena dengan hari Maulidur Rasul yang anda boleh kongsikan menerusi laman sosial. Selamat menyambut hari Maulidur Rasul kepada semua muslimin dan muslimat di Malaysia.







salam maulidur rasul 2015.sambutan maulidur rasul 2015.ucapan maulidur rasul 2015






No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...