Friday, March 20, 2015

Dato' Siti Nurhaliza UNPLUGGED CONCERT 2015 di Istana Budaya pada 7 April 2015


#datositinurhalizaunpluggedconcert2015 di Istana Budaya pada 7 April 2015.

Pada hari ini, Facceblogisra telah mendapat Info dari Instagram milik pengurus penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza iaitu Kak RoziSangDewi tentang penganjuran sebuah lagu konsert yang melibatkan Dato' Siti Nurhaliza iaitu Konsert Unplugged Dato’ Siti Nurhaliza yang akan dipersembahkan di Istana Budaya. Apa-apa pun, pengumuman rasmi masih belum dibuat oleh Dato’ Siti Nurhaliza kerana pengumuman dan sidang media rasmi akan dibuat pada minggu depan. Disini pihak kami telah copy paste gambar dan ayat2 dalam Instagram milik kak :

Rozisangdewi



#datositinurhalizaunpluggedconcert2015 di Istana Budaya pada 7 April 2015. Doakan hasrat @ctdk tercapai untuk mengadakan konsert ini sempena meraikan ulangtahun ke 20 tahun beliau dalam bidang seni. Pihak kami akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkara ini pada minggu hadapan tetapi peminat2 @ctdk jangan lupa temujanji anda bersama @ctdk pada 7 April nanti. Kami akan maklumkan semuanya minggu hadapan termasuk mengenai jualan/ harga tiket. Hanya satu malam saja konsert ini, jangan lepaskan peluang ini.@ctdk

Fotografi untuk poster #datositinurhalizaunpluggedconcert2015, busana @wanpaofficial make up @nurulshukor_official. Pengumuman rasmi minggu hadapan ini.



Teaser #datositinurhalizaunpluggedconcert2015 pada 7 April Ini di Istana Budaya. Nantikan pengumuman rasmi minggu hadapan ini


Teaser #datositinurhalizaunpluggedconcert2015. Nantikan pengumuman rasmi pada minggu hadapan ini. Dalam entry sy sblm ini sudah dinyatakan semua berkenaan konsert ini akan diumumkan nanti. Apa yang saya boleh kongsikan adalah konsert ini pada 7 April di Istana Budaya, 830pm. @ctdk

Sumber : Instagram RoziSangDewi

UPDATE




Penyanyi kesayangan ramai dan nombor satu ini, Dato’Siti Nurhaliza, akan mengadakan konsert akustik istimewa yang dinamakan  Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged 2015 pada 7 April , Selasa, di Panggung Sari, Istana Budaya, bermula jam 8.30 malam.

Bulan April mempunyai signifikan yang tersendiri kepada penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza kerana setiap kali bulan ini menjelma, beliau akan meraikan ulangtahun penglibatannya dalam bidang seni.  April 2015 dianggap bulan permulaan kerjaya seninya untuk tahun ke 20.

Persembahan yang bakal langsung selama 2 jam ini dianjurkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.dan kerjasama Istana Budaya.  Dato’Siti juga berharap agar peminat dapat melihat sisi yang berbeza bagi konsert akustiknya ini.

- Jawab Isu Jaring Kat kepala

Baru-baru ni ada seorang peminat artis ni , cakap Dato' Siti Meniru artis wanita kesayangannya yang memakai jaring kat kepala. Hahahaha.. serius nak gelak pun ada... Sebenarnya peminat tu silap... Jadi saya buktikanlah gambar yang Dato' Siti pernah mengayakan jaring ni dekat kepala terlebih dahulu.. So sapa yang tiru siapa.. btw nak cakap sikit kat perminat artis tu.. Jangan bikin Panas. # Jaring tu jadi isu, letak cermin kat atas pentas masa buat persembahan tak jadi isu pulak..? hahahaha... gurau je.. ok...saya minat kesemua artis termasuk la artis yang awak minat tu... PEACE ^^V.
Shila Hamzah tiru Dato' Siti Letak Jaring atas kepala.



1 comment :

Mdm.Lia said...

tak sabar nak menonton konsert nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...