Friday, April 3, 2015

AGRGROBAZAAR RAKYAT 1 MALAYSIA ABR1M PERTAMA DI INDERA MAHKOTA KUANTAN PAHANG

AGRGROBAZAAR RAKYAT 1 MALAYSIA ABR1M





PM lancar Agrobazaar Rakyat 1Malaysia

KUANTAN 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan kedai Agrobazaar Rakyat 1Malaysia yang menawarkan pelbagai produk pada harga berpatutan bagi meringankan beban hidup rakyat di Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa), Indera Mahkota di sini.

Kedai berkonsepkan pasar mini itu menjual pelbagai barangan harga berpatutan inisiatif kerajaan seperti yang terdapat di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dengan beroperasi di pinggir dan luar bandar.

Agrobazaar Rakyat 1Malaysia yang diwujudkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut menawarkan harga antara lima dan 20 peratus lebih rendah berbanding pasaran bagi sayur, buah-buahan, ayam, daging dan ikan.

Kewujudannya juga membolehkan golongan peladang, penternak, nelayan dan usahawan asas tani menjadikan kedai itu sebagai platform bagi memasarkan hasil keluaran mereka tanpa menggunakan orang tengah.

Kementerian berkenaan menyasarkan untuk membangunkan 600 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia di seluruh negara menjelang 2020.





agrobazaar rakyat 1 Malaysia Kuantan
Alamat :b138 - b140 lorong IM 8/33 jalan sg Lembing bandar indera Mahkota 8, 25200 kuantan,Pahang, Malaysia
Email :Nurfazlin_pasfa@yahoo.com
Telefon : 095724842, 0199610156


Terima Kasih kerana bagi cendehati tadi...



Pertubuhan Peladang Negeri Pahang


PASFA (PAHANG STATE FARMERS ORGANIZATION) MERUPAKAN SEBUAH BADAN BERKANUN/GLC YANG BERTUJUAN UNTUK MENINGGIKAN TARAF EKONOMI DAN SOSIAL, MENAMBAH PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN, MENINGGIKAN HASIL DAN PENDAPATAN, DAN MEMBAIKI CARA HIDUP AHLI-AHLI, SERTA MEWUJUDKAN MASYARAKAT TANI YANG PROGRESIF, BERDIKARI, MAKMUR DAN BERSATU PADU.

B138 - B142, LORONG IM 8/33, JALAN SUNGAI LEMBING, BANDAR INDERA MAHKOTA, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR






No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...