Ramadhan bakal tiba, syawal menyusul kelak. Pelbagai koleksi fesyen raya mula di pamerkan oleh semua pereka fesyen tanah air. Tidak ketinggalan Pereka Fesyen terkenal tanah air, Zery Zamry yang berkerjasama dengan Zalora,.
" Be ready to feast your soul with a brand new hipster Raya project for mens by our very own Zery Zamry @zeryzamry. Hipster by Zery Zamry for Zalora @zaloramy is coming to your way this Hari Raya season. Exclusively unveil 31 mac 2015 fashion show at Pullman Bangsar 2.30pm .Online purchase start from 16 April until 29 April 2015 only exlusive at www.zalora.com.my. "
Untuk koleksi raya tahun ini, Zery telah memberi nafas baru dalam menghasilkan rekaan fesyen baju Melayu, namun masih mengekalkan nilai etnik pakaian tersebut. Untuk koleksi "Zery Zamry Zalora Raya 2015" ini, Zery akan menampilkan beberapa koleksi siri dari 'Dark Series', 'Colour Series', 'Printed Series' dan 'Army Series'. Tahun lepas KJ pun beli dan pakai baju Melayu dari Zery Zamry, 6 pasang KJ beli..
Pada tahun 2015 konsep Geometri dan Grafik Moden juga menjadi pilihan oleh pereka fesyen ini dalam mencipta beberapa koleksi kali ini selain memilih untuk menyuntik nafas segar bagi rekaan Teluk Belanga dan Cekak Musang tanpa menggunakan 'pesak' di dalam rangkaian Koleksi Hipster Melayu.
Zery Zamry juga melancarkan rekaan Jubah dan Kurta di dalam Koleksi Hipster Melayu bagi memenuhi kehendak pelangan yang menginginkan gaya yang lebih santai.
Koleksi Hipter Melayu yang menggunakan fabrik Cotton SB Line, Swiss Cotton dan Cotton Silk amat sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia.
Selain itu Zery Zamry turut tampil dengan samping dan songkok yang diberi nafas segar dengan menyuntik elemen penggunaan fabrik kulit yang juga merupakan yang pertama di Malaysia.
Jadi, kepada jejaka-jejaka di luar sana yang inginkan sesuatu yang berbeza di pagi Syawal dan nampak lain dari yang lain nanti bolehlah mengenakan baju Melayu Hipster dari "Zery Zamry Zalora Raya 2015" ini yang dijual pada harga bermula RM380 sepasang di www.zalora.com.my.
"Kacak bergaya di pagi Raya Besama 3Z Raya 2015"
No comments :
Post a Comment