JAGA DIA UNTUK KU
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Sudah genab 11 Tahun perkahwinan Dato' Siti Nurhaliza, semoga Dato' Siti cepat-cepat di kurniakan cahaya mata.. InsyaAllah ... Aamiin.. Kami doakan yang terbaik buat Dato' Siti dan Datuk K. Jaga Kesihatan yep. =)
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Baru-baru ini tersebar maklumat mengenai kehamilan 'Siti Nurhaliza Tarudin' kepada orang ramai. Kami difahamkan, satu sampel darah individu yang dicatatkan atas nama ‘Siti Nurhaliza Tarudin’ telah dihantar ke sebuah makmal patalogi dan klinikal di Petaling Jaya pada Isnin lalu oleh sebuah hospital. Namun pusat perubatan dan pihak makmal dilaporkan akan menyiasat bagaimana maklumat ini boleh tersebar.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada nama berkenaan merujuk kepada penyanyi Siti Nurhaliza atau pun individu lain yang mempunyai nama yang sama atau serupa.
Berdasarkan ujian makmal dan laporan pemeriksaan terhadap sampel atas nama berkenaan, individu itu dikatakan hamil antara empat dan lima minggu.
Sementara itu suami kepada Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa hari ini meminta spekulasi berhubung berita itu dihentikan.
Ahkbar Kosmo melaporkan, Khalid berkata selama 11 tahun bernikah pihaknya memang inginkan anak dan meminta doa semua pihak.
Pada 1 Disember 2015, Siti Nurhaliza berkongsi rasa sedihnya dengan peminat selepas mengalami keguguran pada kandungannya yang ketika itu baru berusia dua bulan.
1 comment :
anak itu satu rezeki dari tuhan.
Post a Comment