Monday, January 15, 2018

Majlis Perjumpaan Dan Sambutan Ulangtahun SITIZONE 14



Majlis Perjumpaan Dan Sambutan Ulangtahun 
SITIZONE 14
Dato' Sri Siti Nurhaliza 39
HEBAT SETIA CERIA



Bakal berlangsung majlis yang kita nanti-nantikan setiap tahun. 


Sebagai penganjur, SNP kini sudah mula sibuk membuat persiapan. 
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama untuk majlis kami ini.


Kepada Sitizoners yang sudahpun mengesahkan kehadiran, jumpa anda Ahad ini. 
Segala maklumat atau hebahan majlis ini hanya dikeluarkan di facebook Sitizone Official Page sejak bulan November 2017 dan tamat sebulan selepasnya. 

Ahad ini, Sitizoner dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei akan berkumpul sekali lagi. Acara tahunan ini memang paling dinanti-nantikan oleh Sitizoner. 

Beberapa tahun sebelum ini, pihak SNP mengadakannya di luar Kuala Lumpur dan bermalam namun tahun ini, ianya kembali semula ke sini. Saksikan live update majlis  di instagram @rozisangdewi dan youtube Siti Official Video pada hari Ahad ini, bermula jam 12 tengahari. 

Tahun lepas tema kami Moh Balik Lepeh iaitu kembali ke kampung halaman @ctdk , tahun sebelumnya pula bertema survivor dan kali ini kami memilih tema ‘pastel’ dari segi pakaian dan dekorasi. 

Tempat terhad, semua dah penuh. Saya mohon maaf kerana tidak dapat memenuhi semua permintaan. 

Terima kasih @officialsimplysiti yang telah membenarkan kami menggunakan gambar @ctdk ini bagi menyesuaikan tema. Hashtag rasmi #Sitizone14 . Kredit rekaan poster @miezcraft







No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...