Kebiasaanya batu permata seperti mutiara dipakai sebagai perhiasan diri wanita. Kini ekstrak mutiara ini diformulasikan dalam bentuk kosmetik yang dicipta khas untuk menjadikan kulit lebih berseri, cerah dan bersinar seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Nutrien dari ekstrak mutiara mempunyai banyak kebaikan yang mampu melembapkan, mencerahkan dan menyamaratakan kulit secara semulajadi.
Tampil cerah, berseri dan bersinar bak mutiara dengan SIMPLYSITI Pearl Collection!
PEARL COLLECTION CUSHION FOUNDATION
Pearl Collection Cushion Foundation mengandungi Asid Hyaluronik dan
ekstrak m
utiara sebagai bahan agen pelembap yang mempunyai
manfaat yang baik untuk kulit yang dehidrasi. Ia mempunyai SPF 40
dengan PA++ yang melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.
Kusyen ini memberikan kemasan bercahaya dengan litupan penuh yang
sangat baik untuk solekan kulit terbaik anda.
PEARL COLLECTION TWO WAY CAKE
Bedak dwi-cara Pearl Collection Two Way Cake diperkaya dengan ekstrak mutiara yang dapat membantu menjadikan kulit kelihatan licin dan berseri. Didatangkan dengan kemasan matte dengan kesan anti-kilat untuk kemasan rapi pada kulit. Teksturnya yang sangat halus membolehkan sapuan mudah ke muka dengan litupan tinggi (“buildable”).
PEARL COLLECTION LIP MOUSSE
Aplikator yang istimewa untuk Pearl Collection Mousse Lip berbentuk khas yang diperkaya dengan ekstrak mutiara yang menutupi bibir seolah-olah selembut sentuhan baldu. Memastikan bibir kekal lembap tanpa mengeringkan. Tekstur mousse boleh memberi impak anti-kedut pada bibir.
PEARL COLLECTION 4-in-1 EYESENTIAL PALETTE
Pearl Collection Eyesential Palette diperkaya dengan ekstrak Mutiara yang dapat membantu menjadikan kulit kelihatan licin dan berseri. Ia mampu melekat dan mengadun pada kelopak mata dengan berkesan kerana ia diformulasi dengan pelbagai kombinasi minyak.
PEARL COLLECTION LUXE SHADING BLUSHER
Pearl Collection 2 in 1 Luxe Shading Blusher diperkaya dengan ekstrak mutiara yang mampu menjadikan kulit kelihatan licin dan berseri. Teksturnya yang lembut dan mudah diadun dapat memberikan kemasan yang baik pada kulit. Konsistensi warna yang tahan lama.
#SIMPLYSITI #BersinarBagaikanMutiaraAidilfitriIni #ForTheBeautyInYou
No comments :
Post a Comment