Sunday, March 23, 2014

Singkapkan Doa Kami ‘Keranamu MH370’ Riz AF6




Komposer LY atau nama sebenar Rozman Shafie bersama isterinya, penulis lirik Baiduri mencipta sebuah lagu khas bagi meluahkan rasa simpati mereka terhadap insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu.


Jika dilihat pada lirik kat bawah ini LY Baiduri cuba membawa pendengar untuk merasai naluri dan bukannya tentang kesedihan selain kata-kata semangat untuk seluruh keluarga yang terlibat. Lagu Keranamu MH370 telah pun siap sepenuhnya pada hari Khamis lalu dan LY Baiduri memberi kepercayaan kepada Riz AF6  atau nama sebenar Mohd Idris Mohd Zaizizi yang merupakan naib juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) untuk menyanyikannya. Singkapkan Doa Kami telah siap sepenuhnya pada Khamis lalu dan pemilihan Riz AF2 merupakan pilihan paling tepat kerana mempunyai kualiti vokal paling tepat dengan lagu berkenaan.

Ianya bermula dengan sebuah sajak, bagaimanapun selepas LY dan Baiduri mendapat maklum balas positif dalam Facebook berkenaan sajak berkenaan, ianya kemudian digubah menjadi senuah lagu menyentuh hati bagi mengingati misteri kehilangan MH370.


Lirik lagu

Keranamu MH370

Singkapkan Doa Kami

Awan bisik padaku
Di mana dan ke mana
Dia pergi membawa kasih dan sayang

Tuhan tunjukkan tanda
Pada kami yang alpa
Segala terjadi menjadi misteri

Di situ ada cinta
Di situ ada ria
Masih dalam ingatan
Sebahagian dadaku

Di mana kau berada
Dengan siapa kau bersama
Ketahuilah
Aku merinduimu

Bergemerlap langit ke tujuh
Dengan doa-doa pasrah
Namun mengharap ihsan kepulangamu

Ku mimpikan kau sejahtera
Inginkan selamat selamanya
Kembali ke pangkuan keluarga tercinta
Kembalilah...




No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...