Saturday, July 4, 2015

Apa Itu MYTV broadcasting ? Set Percubaan MYTV ? Fasa Ujian ? DTT ?




SALAM SIARAN DIGITAL




DTT, adalah singkatan terma bahasa Inggeris, iaitu Digital Terrestrial Tv (DTT)
Terma ini merujuk kepada penyiaran TV dalam format digital di mana siaranya dipancarkan melalui trasmisi atau pemancar bumi terus kepada penonton.

Hanya antena UHF berupaya menerima isyarat DTT dan disalurkan kepada dekoder untuk tatapan audio visual.

Jadi, apa kelebihan siaran digital berbanding analog?

Selain daripada penambahan saluran TV, perbezaan yang paling ketara adalah kualiti gambar dan suara yang amat stabil dan lebih menyerlah.

Ketika ini Malaysia berada di fasa ujian siaran, dimana kekuatan dan kejituaan isyarat digital dinilai kualiti penerimaannya.

TERIMA KASIH DI ATAS KESUDIAN ANDA UNTUK TURUT SERTA MELALUI FASA UJIAN INI

Anda dibekalkan dengan set percubaan yang perlu dipasang di kediaman anda selama beberapa bulan.



Set percubaan anda mengandungi:
1) Satu Set dekoder
2) Satu unit alat kawaln jauh
3) Seuntas kabel HDMI
4) Seuntas kabel RCA dan
5) Sebuah adaptor kuasa

Anda akan di hubungi oleh unit teknikal MYTV bagi mendapatkan maklum balas mengenai siaran ujian DTT.

Set percubaan ini akan diambil kembali selepas fasa percubaan tamat bagi tujuan analisa teknikal dan penambahbaikan.

APA PULA SETERUSNYA SELEPAS FASA PERCUBAAN INI ?

Perserta yang mengambil bahagian di dalam fasa ujian DTT, layak untuk menerima satu set dekoder keluaran sebenar daripada MYTV Broadcasting Sdn. Bhd apabila dilancarkan nanti.




Terima kasih di atas kerjasama anda.

Jika anda mempuyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkenaan DTT dan fasa ujian sila hubungi kami di 1300-80-6988.



[ INFO TAMBAHAN ]

Penduduk pantai timur iaitu di Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan akan menikmati 30 saluran digital percuma, bermula Januari 2016.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, siaran televisyen digital itu dibangunkan MYTVBroadcasting (MYTV) melalui Projek TV Digital (DTT).

“Tiga puluh siaran itu adalah pakej permulaan. Kita jangkakan semua penduduk di negara ini akan menikmati kemudahan sama, menjelang akhir tahun depan,” katanya.

[ SUMBER : Harian Metro Online ]



Pemasangan set decoder telahpun dimulakan pada 17 Mei lalu dan ini merupakan sebahagian fasa ujian MYTV. Sebanyak dua juta set dekoder percuma akan diedarkan di seluruh negara untuk diberikan kepada isi rumah yang terpilih.

Antara kriteria yang ditetapkan untuk peserta menerima siaran ujian  MYTV ini mereka mestilah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), e-Kasih, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta tidak melanggan perkhidmatan tv berbayar.

Kempen siaran percubaan MYTV ini membolehkan isi rumah yang terpilih menikmati semua saluran sedia ada seperti TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8, TV9, dan TV AlHijrah dalam kualiti transmisi digital.

Pengguna perlu faham tidak semua rancangan yang ada dalam siaran televisyen berbayar seperti Astro dan HyppTV ada di dalam siaran DDT kerana MYTV mempunyai pakej yang berbeza.

Kempen siaran ujian MYTV akan diperluas ke Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat sebelum ke utara dan selatan Semenanjung dan seterusnya berakhir di Lembah Klang menjelang hujung tahun ini.


NEW UPDATE
19/9/2016

    




No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...