Entry kali ni I wanna make it simple. Fokus utama
kita nak bercerita pasal kulit muka, terutama those yang selalu ada masalah
kulit muka bermasalah, sensitif, berminyak, berjerawat etc.
Percaya atau tidak, to have a good skin ibarat satu
keperluan sekarang ni, baik buat perempuan atau lelaki. Isra bercakap dari
sudut pandangan seorang lelaki lah ea. Sebelum ni memang susah nak dapat produk
kulit muka untuk lelaki yang betul-betul bagus, in term of quality dan
kesesuaian pada kulit. Kalau produk untuk perempuan, just name it semua ada.
Dari produk murah cap ayam sampai semahal-mahal SK2.
Good thing is, sekarang ni dah banyak produk kat
luar sana. Kalau pergi Watson,
Guardian section cosmetic untuk penjagaan kUlit lelaki dah belabak macam si gadis.
Setakat ini, produk yang ok dan sesuai dengan kulit
muka aku sebelum ni Nugeno for Men, Garnier for Men, Vaseline
for Men, Nanowhite MEN series pun boleh tahan bagus. Tak perlu takut untuk mencuba produk. Tapi
sebaiknya pakai satu jenis produk/brand dalam satu masa. Pakai dalam tempoh 2-3
bulan tengok ada kesan tak. Buat perbandingan. Tips yang sangat mudah
untuk dapat kulit yang sihat, jangan sesekali malas untuk basuh muka.
Remember that!
Isra used to have this kind of problem before. Malas
sangat nak basuh muka terutama sebelum tidur. Sanggup tidur dengan muka
berminyak, penuh dengan daki n kotoran. End up pepagi bangun tengok cermin
jerawat dah naik dekat muka berketul-ketul macam gambar kat bawah nie. See? Kena disiplin!
Selain pencuci muka, kena ada scrub. Tapi
jangan pakai hari-hari takut nanti kulit jadi kering. Tekstur scrub lebih kasar
daripada pencuci muka. Elakkan pakai setiap hari takut merengsakan kulit,
kecuali memang dia ada label kata sesuai untuk kegunaan setiap hari :)
Kalau ada jerawat, tahan diri untuk picit. Kalau nak sangat picit pastikan bila dia dah betul 'masak' dan guna tisu ye. Jangan picit guna tangan tak basuh dan kotor.
Kalau ada jerawat, tahan diri untuk picit. Kalau nak sangat picit pastikan bila dia dah betul 'masak' dan guna tisu ye. Jangan picit guna tangan tak basuh dan kotor.
Selain itu, kena tengok juga habit korang dalam
menjaga kebersihan. Sila potong kuku bila dah panjang. Bakteria pada kuku boleh beralih ke muka bila kita duk pegang kulit
muka. Kalau nak lap muka guna tuala yang bersih atau
tisu.
Bagi lelaki tolong jaga kebersihan walau
untuk katil anda. Pastikan guna cadar yang bersih. Rajin-rajinkan lah cuci
sarung bantal, selimut regularly. Buat jadual. Jangan setahun sekali je tukar
sarung bantal tu. Towel pun sama. Kalau dah berkeladak hitam penuh daki
tolonglah cuci kalau lah dah buruk sangat sila beli baru yep.
Amalkan pemakanan yang sihat. Kalau boleh setiap
hari kena makan sayur n buah. Banyak meminum air masak. Bak kata .Iklan TV. Kurangkan manis dalam minuman. Tambahkan manis dalam senyuman. =)
Tu dia panjangnya entri kali ni,
tapi fokus hanya untuk tips penjagaan kulit. Senang kan? Disiplinkan diri,
barulah kulit sihat n jangan stress teruk-teruk sangat.
Simlysiti untuk lelaki black edition 2015 model lelaki simplysiti
Simlysiti untuk lelaki black edition 2015 model lelaki simplysiti
bOLEH kOMEN kaT baWAh nie
No comments :
Post a Comment