Saturday, January 17, 2015

Tips Mudah Susun Buku Tanpa Melihat Jadual

Suka Blog ini? Like Kalau Suka, Komen Kalau Nak Cakap Sesuatu....




Tips Susun Buku Sekolah Anak Ikut Jadual


Assalamualaikum,

Alam persekolahan untuk sesi 2015 baru sahaja bermula. Teringat masa zaman persekolah, nak pergi sekolah baru nak susun buku.. mulalah kelam-kabut nak ambil buku mana satu nak dibawa ke sekolah sebab jadual waktu kelas tak tahu letak kat mana.. kubang situ sana sini.. buka zip beg depan tepi kiri kanan tak jumpa juga jadual. Pastu mula la lewat ke sekolah.

Bagi ibu bapa pula,  tentu penatkan kalau sertiap hari nak kena refer jadual untuk susun buku anak-anak ke sekolah. Seorang pun dah pening, apatah lagi mempunyai dua tiga orang anak.

Di sini kami di faceblogisra ingin berkongsi sedikit tips mudah untuk menyusun buku tanpa melihat jadual. Alhamdulillah sangat berkesan, sangat berguna dan sangat jimatkan masa.



Mengikut Warna Hari



Ikut je warna dari sticker tu.  1 warna mewakili 1 hari.

Sebagai contoh kalau warna kuning untuk hari Isnin maka bila tiba hari Isnin, semua buku yang ada sticker kuning boleh dimasukkan ke dalam beg sekolah.

atau


Megikut Label Hari (Huruf Depan Hari)


Mengapalah semasa di bangku sekolah dulu tidak pernah memikirkan cara sebegini untuk mengemas buku sekolah.

Masih ingat, bagi mengelakkan membawa Buku Teks yang tebal lagi berat, kebanyakkan dari kami akan menyimpannya di dalam laci meja di kelas.

Sememangnya menyimpan buku di dalam laci meja di kelas mempunyai satu risiko, iaitu kehilangan.

Melalui tips  yang dikongsikan ini, kami yakin adik-adik atau ibubapa di rumah boleh mengajar anak anda cara menyusun buku dengan mengikut warna atau label dari sticker yang di tampal.


Amacam? Rasa pratikal tak? Masih belum terlambat nak buat.

Ibu ibu diluar boleh praktikkan pada anak anak.. Selamat mencuba!

Like page FaceBlogIsra

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...