Tuesday, February 10, 2015

Cadbury Dairy Milk Malaysia | Kejutan daripada Dato’ Siti Nurhaliza untuk para pengunjung

Suka Blog ini? Like Kalau Suka, Komen Kalau Nak Cakap Sesuatu....


Cadbury Dairy Milk Malaysia | Kejutan daripada Dato’ Siti Nurhaliza untuk para pengunjung


Cadbury Malaysia amat teruja untuk berkongsi keceriaan dengan seseorang yang amat istimewa!! Ingin tahu siapa? #MoreJoyIn2015 ...


Teman-teman Cadbury, bersedialah untuk kongsikan keceriaan.
#MoreJoyIn2015



Saksikan bagaimana Dato’ Siti Nurhaliza berkongsi keceriaan dengan anak-anak Malaysia! Segalanya bermula dengan Cadbury Dairy Milk. #MoreJoyIn2015 #KongsikanKeceriaan



Lirik Asal Lagu Warna Dunia (Klik Sini)
Compose by:Leitin Arr / Producer:Aubrey Suwito. Lyric:Rozisangdewi


Warna dunia version cadbury.

Hey
Duniaku kan Ceria, Tepat Tafsiranmu
Jika Tak Bersuara, Akal Bersahabat
Zahirnya Bagai Kaca, Cekal Berhadapan
Warna Dunia, Ku Bangkit

Duniaku kan Ceria, Tepat Tafsiranmu
Jika Tak Bersuara, Akal Bersahabat
Zahirnya Bagai Kaca, Cekal Berhadapan
Warna Dunia, Ku Bangkit

Warna Dunia (CADBURY)

Cadbury Malaysia menampilkan Penyanyi no.1 Malaysia iaitu Dato' Siti Nurhaliza untuk iklan terbaru pada tahun 2015. Ianya mengisahkan sekumpulan pemuzik jalanan ( Bintang9 ) yang bermain muzik ( busking )di laluan berjalan kaki atau "Red Carpet Avenue" di Encorp Strand Mall ( ESM )tetapi  tidak mendapat sambutan dari para pengunjung yang lalu di kawasan tersebut. Tiba-tiba datang seorang wanita bertudung unggu dan berkaca mata meletakan Coklat Cadbury di dalam sarung gitar. Enam orang pemuda tersebut melihat wanita yang meletak coklat tersebut, lalu wanita tersebut membuka kaca mata dan melemparkan senyuman cerianya. Mereka semua terkejut lalu menyebut nama "SITI". Rupa-rupanya wanita tersebut ialah Dato' Siti Nurhaliza. Siti mengeluarkan bunyi "shhhhh" dan menukjukan isyarat tanggan supaya mereka semua diam.

Keenam-enam orang pemuda tersebut menikmati keenak rasa coklat Cadbury termasuk Dato' Siti sendiri. Selepas menikmati keenakan  rasa coklat Cadbury, Siti dan salah seorang dari pemuda tersebut memetik jari. Lalu muzik dimainkan mengikut rentak lagu Warna Dunia dari Album terbaru Siti iaitu Fragmen. Apabila Siti mula menyanyikan lagu Warna Dunia versi Cadbury, para pengunjung yang pada mulanya tidak menghirau 6 orang pemuda tersebut terpukau dengan alunan Suara dan muzik yang diperdegarkan lalu berlari berpusu-pusu mengelilingi persembahan tersebut.Segalanya bermula dengan Cadbury Dairy Milk. #MoreJoyIn2015 #KongsikanKeceriaan



Turut terlibat dalam klip video iklan cadbury ini penyanyi Akademi Fantasi AF 2014 iaitu Farez Af 2014 atau nama sebenarnya Muhammad Fareezuan Bin Adnan yang menjadikan Dato' Siti Nurhaliza sebagai penyanyi kegemarannya. Farez yang berasal dari Kuala Lumpur juga dikatakan seorang yang peramah, tidak cerewet, manja dan ceria sesuai dengan tagline #MoreJoyIn2015 #KongsikanKeceriaan.








ctdk : Surpriseeeeee... ..tq Cadbury..
Untuk Baca Artikel dan lihat gambar-gambar Dato' Siti Nurhaliza bersama Cadbury KLIK SINI

Dato' Siti Nurhaliza dan Cadbury | Siti Model Duta Iklan Cadbury #MoreJoyIn2015 KLIK SINI





No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...