Thursday, March 26, 2015

Rozita Ibrahim pengasas sendayu tinggi ibu Dato' Aliff Syukri Kamarzaman Pengasas D'herbs Terlajak laris


Rozita Ibrahim pengasas sendayu tinggi merupkan  ibu kepada Dato' Aliff Syukri Kamarzaman Pengasas D'herbs Terlajak laris



[ Petikan Kosmo 2009 ]

Seorang lagi anak orang terkenal berkata: "Dahulu, saya pernah berasa rendah diri disebabkan tidak dilahirkan dalam keluarga berada. Saya hanya anak seorang peneroka dan tinggal di rumah setinggan.

"Kawan-kawan saya juga tidak ramai kerana masa saya banyak dihabiskan dengan menjaga adik-adik selepas pulang dari sekolah.

"Tidak cukup dengan itu, saya juga membantu ibu menjual kacang goreng, jeruk dan kuih sagu bagi meringankan beban ayah. Bila difikirkan balik, itulah pengalaman yang tidak mungkin dapat saya lupakan sampai bila-bila dan disebabkan itulah, saya sentiasa beringat dan tidak pernah lupa diri walaupun kini saya telah mengecapi kesenangan hidup," ujar anak kedua pengasas Sendayu Tinggi, Alif Syukri Kamarulzaman memulakan ceritanya.

SELAKU Ketua Pemasaran Sendayu Tinggi Sdn. Bhd., Syukri sering mengikuti program promosi produk di seluruh negara.

Menurut Alif Syukri, 24, atau lebih mesra dengan panggilan Syukri, apa yang dikecapi pada hari ini adalah atas usaha dan penat jerih ibunya, Rozita Ibrahim yang banyak berkorban demi anak-anak.

"Semua ini kerana ibu. Jika bukan kerana ibu, kebahagiaan yang dinikmati sekarang tidak akan saya rasai," katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di pejabat Sendayu Tinggi di Klang, Selangor, baru-baru ini.

Adakah perubahan tersebut menyebabkan Ketua Bahagian Pemasaran Sendayu Tinggi Sdn. Bhd. itu lupa diri?

"Saya tidak pernah lupa asal usul kami. Malah, kesusahan itu akan saya ingat sampai bila-bila," ujarnya.

Syukri memberitahu, ibunya selalu berpesan agar pandai membawa diri dan menjaga nama baik keluarga. Dia juga dididik agar sentiasa bersederhana dalam segala hal.

Malah, ibu sentiasa menerapkan nilai-nilai agama kepada anak-anaknya. Justeru, Syukri dihantar ke sekolah pondok.

Alam persekolahannya bermula di Teluk Gadong, Klang. Dia kemudiannya dimasukkan ke sekolah pondok di Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama pada usia 14 hingga 16 tahun.



Selepas ibunya berjaya menjadi usahawan, Syukri dimasukkan ke sekolah swasta Integrasi As-Syakirin di Seksyen 13, Shah Alam. Semasa itu, mereka berpindah ke Subang Jaya, Selangor.

Ketika itu, jualan kosmetik Sendayu Tinggi sudah mula diterima orang ramai. Ia bermula dengan menjualnya kepada kawan-kawan dan jiran-jiran terdekat.

Bagaimana dengan kehidupannya sekarang? Syukri memberitahu, dia sangat gembira lebih-lebih lagi selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Ammar Ahyan, 8 bulan



KANAN: POTRET kenangan pada majlis perkahwinan Syukri dan Nur Shahida. BAWAH: BAWAH: KEHADIRAN cahaya mata menceriakan kehidupan Syukri sekeluarga.

Syukri kini tinggal bersama isterinya, Nur Shahida Mohd Rashid, 23, dan keluarganya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor.

Sumber Kosmo: [ KLIK SINI ]

Kini Anak kedua Pengasas Sendayu Tinggi iaitu Dato' Aliff Syukri Kamarzaman bergelar seorang jutawan yang merupakan Pengasas D'Herbs "Terlajak Laris".


SIAPA PULA @israismail92 dengan Dato' Aliff Syukri Terlajak Laris ????







2 comments :

Ash Awan said...

patutlah handsome, anak sendayu tinggi rupanya

Blog Suami Isteri said...

Moga ramai lagi Jutawan melayu akan muncul insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...