Friday, March 6, 2015

Tips Bila Telefon Masuk Air | Handphone Jatuh Dalam Air

Tips Bila Telefon Masuk Air | Handphone Jatuh Dalam Air

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

(MAAF KALI INI ENTRY TANPA GAMBAR MESTI KORANG BOSANKAN)

Pernah tak smartphone korang masuk air atau terjatuh dalam air...? Jika pernah apa yang korang cuba lakukan...? Bagi Isra sendiri dah banyak kali fon masuk air dan terjatuh dalam lubang tandas dan air terjun. Ulang suara bukan sekali tau.. banyak kali.


Kemalangan seperti terjatuhnya telefon di dalam air, atau tertumpahnya air di atas telefon atau barangan elektronik seperti laptop adalah salah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Tetapi bagaimanakah untuk menyelamatkannya?

What to do when your phone drops into the water?
Langkah yang korang patut buat bila handphone jatuh dalam air.

Perkara Pertama. Yang penting Korang Jangan Panik. Cool Je. Perkara boleh settle.

Kedua. Sudah semestinya keluarkan telefon anda tu dari air.

Ketiga. Jangan Swith On dan jangan mengecas telefon korang kerana blegh menyebabkan litar-pintas "short circuit".


KELUARKAN BATERI SERTA MERTA 

Sila tanggalkan bateri, kad sim dan memori kad.

Keempat. Keringkan dengan tuala penyerap air. Lapkan sehingga kering. Korang boleh guna Tisu atau kapas untuk serap air dibahagian yang sukar di lap dengan tuala.

Kelima. Ambil pembersim vakum ( vacuum cleaner) untuk sedut air yang masih terperangkap dalam telefon anda. Jangan gunakan pengering rambut ( hair dryer ) kerana ianya boleh menyebabkan komponen di dalam telefon anda terbakar.


Keenam. Masukan telefon anda dalam bekas yang berisi beras atau pun "silica gel" -(yang biasa terdapat dalam ubat untuk mengekalkan kekeringan). Ini kerana beras dapat menyerap kelembapan di dalam telefon anda. Biarkan sekurang-kurangnnya Tiga Hari.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...