MENATAP DALAM MIMPI
Aku masih memelukmu ..kemas
Aku masih mendengarmu.. jelas
Mata ini melihatmu
Hati ini merasakan
Namum semua... hanyalah ilusi
Jangan sedarkan aku
biar ku anggap kau ada
meski hanya mimipi
kerna ku tak sangup hidup
tanpa mu kekasih
andai
mata ku ini masih rindu menatap dia
kembalikanlah
dirinya didalam mimp-mimpi
handirkanya biar sekelipan mata /sekedipan mata
sayang meski kau telah pergi jauh
hilang dar pandangku hilang
wajah paling ku rindukan tetep kekal dihatiku
waalau kita tak lagi bersama
Jangan sedarkan aku
biar ku anggap kau ada
meski hanya mimipi
kerna ku tak sangup hidup
tanpa mu kekasih
andai
mata ku ini masih rindu menatap dia
kembalikanlah
dirinya didalam mimp-mimpi
handirkanya biar sekelipan / sekedipan
mata ku yang telah dilenakan
mendekatkan kita
Jangan sedarkan aku
biar ku anggap kau ada
meski hanya mimipi
kerna ku tak sangup hidup
tanpa mu kekasih
andai
mata ku ini masih rindu menatap dia
kembalikanlah
dirinya didalam mimp-mimpi
handirkanya biar sekelipan mata /sekedipan mata
Lagu: Menatap Dalam Mimpi
Penyanyi: Dato' Siti Nurhaliza
Ciptaan: Aubrey Suwito
Lirik: Rozisangdewi
Lagu: Menatap Dalam Mimpi
Penyanyi: Dato' Siti Nurhaliza
Ciptaan: Aubrey Suwito
Lirik: Rozisangdewi
Lagu Ciptaan 20 minit
Ideanya untuk menghasilkan melodi Menatap Dalam Mimpi timbul apabila Aubrey Suwito terbaca satu sajak yang dimuat naik ke laman Twitter oleh penulis lirik lagu itu, Rozi SangDewi atau Rozi Abdul Razak yang juga kakak ipar dan pengurus peribadi Siti.
Ideanya untuk menghasilkan melodi Menatap Dalam Mimpi timbul apabila Aubrey Suwito terbaca satu sajak yang dimuat naik ke laman Twitter oleh penulis lirik lagu itu, Rozi SangDewi atau Rozi Abdul Razak yang juga kakak ipar dan pengurus peribadi Siti.
Melihatkan kepada sajak itu, dengan pantas dan sekelip mata sahaja Aubrey Suwito sudah mencipta melodinya hanya dalam tempoh 20 minit sahaja.
“Tidak menunggu lama, saya meminta Rozi untuk menulis liriknya yang bercerita tentang kehilangan seseorang yang sangat kita sayang. Untuk saya, lagu ini adalah mengenai bagaimana perasaan saya yang kehilangan mendiang bapa saya.
“Saya percaya pendengar yang berhadapan dengan kisah seperti ini mampu untuk mengaitkan lagu ini dengan mereka dan menjadi dekat dengannya. Apatah lagi dinyanyikan oleh seorang penyanyi hebat dan terbaik seperti Siti, ia menjadi lebih indah untuk didengari,”
Dato' Siti menceriakan bahawa lagu Menatap Dalam Mimpi ciptaan Aubrey disifatkan sebagai sebuah lagu balada yang berbeza daripada apa yang pernah siti rakamkan sebelum ini.
Kali pertama mendengar melodi lagu Menatap Dalam Mimpi, Siti terus jatuh cinta pandang pertama dan tekad untuk merakamkannya.
Rakaman lagu ini telah dibuat di studio milik Aubrey di Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Dari Konsert tercetus Idea menjadi Album
Meskipun ia hanyalah sekadar sebuah album rakaman live Konsert Unplugged yang berlangsung di Istana Budaya pada bulan April yang lalu, namun, Siti tidak mahu menghampakan peminat setianya apabila album itu juga akan memuatkan tiga lagu baharu termasuk lagu Mikraj Cinta yang merupakan ciptaan Hafiz Hamidun.
Dua buah lagu lain termasuklah lagu Engkau yang merupakan lagu komposer dari Indonesia, Ade Govinda yang mencipta lagu Terbaik Bagimu yang dimuatkan di dalam album Fragmen selain sebuah lagu balada indah ciptaan Aubrey Suwito, Menatap Dalam Mimpi.
Jelas Siti, dia mengambil inisiatif untuk merakamkan tiga lagu itu adalah sebagai salah satu cara untuk menghargai peminatnya selain untuk mempelbagaikan repertoire muziknya.
No comments :
Post a Comment